Bahagian 2

197 12 0
                                    

2.00 pagi.

Jam di dinding dipandang oleh Emily. Pada malam itu, Emily tidak dapat melelapkan matanya. Entah kenapa, dia merasakan sesuatu yang tidak kena. Puas dia mengalihkan posisi, berbaring kiri dan kanan pun masih tidak berhasil membuatkannya mengantuk.

Dia mengalihkan selimutnya dan keluar dari pembaringannya. Langkahnya diatur menuju ke dapur. Niat hatinya, dia ingin membancuh susu panas untuk membantunya melelapkan mata. Dahlah besok dia kena pergi ke restorannya untuk memantau perkembangan semasa.

Ketika dia menuruni tangga dan menuju ke dapur,tidak semena-mena dia memandang sebuah bilik yang terletak di hujung rumah bersebelahan tandas. Aneh. lampu bilik tersebut menyala. Setahu Emily, dia sudah memastikan semua lampu bilik rumah itu dipadam sebelum tidur tadi.

Tapi,kenapa dia tidak pernah nampak bilik itu ada di situ?macam mana dia boleh tak perasan kewujudan bilik itu?sedangkan dia telah meronda-ronda rumahnya siang tadi.

Perlahan-lahan, Emily menapak ke arah bilik itu dan menolak pintu yang sedikit terbuka itu.

Dalam bilik tersebut, terdapat banyak buku menghiasi rak-rak buku. Dan terdapat juga sebuah meja dan kerusi bersama dengan beberapa buah buku dan kertas yang bertaburan di atas meja.

"Macam bilik untuk officework je." Getus Emily di dalam hati.

Emily mendekati meja tersebut dan mengemas buku-buku yang berselerak di atas meja dan rak buku agar lebih kemas dan tersusun.

Ketika dia menyusun buku-buku tersebut, terdapat satu buku yang menarik hatinya. Dia mencapai buku itu. Kulit buku yang berwarna hitam dan kelihatan usang itu membuatkan buku itu kelihatan misteri. Tiada sebarang tajuk yang terukir di kulit buku tersebut.

Kerana rasa ingin tahunya yang membuak-buak, dia menyelak helaian kuning buku itu satu persatu. Banyak helaian yang kosong pada mulanya sehinggalah dia menemukan catatan seperti diari pada helaian berikutnya.

CATATAN MISTERI [C]Where stories live. Discover now