21 November 2013
Aku memandang kosong pada kaca televisyen di rumahku ini. Walaupun televisyen tersebut memaparkan rancangan kegemaranku dan dengan latar suaranya yang ceria, namun ianya tidak mampu menceriakan hatiku.
Pagi yang indah dan terang disuluh cahaya mentari itu juga tidak mampu menerangi hatiku.
Aku hanya mampu merenung kaku pada kaca televisyen itu. Bagiku, keceriaan yang aku rasakan sudah hilang.
Hari ini, sudah hampir 2 minggu aku mengalami mimpi yang sama. Setiap malam aku akan diganggu dengan perempuan hodoh itu dan akan mengalami pendarahan pada rahimku dalam mimpi itu.
Aku dah tak tahan! Aku nak semuanya berhenti! Aku tak sanggup lagi hidup macam ni!
Aku berdiri dan melihat wajahku di cermin yang tergantung di ruang tamu itu. Kelopak bawah mataku kini menjadi hitam kerana aku tidak mampu lagi untuk tidur disebabkan mimpi tersebut.
Rambutku yang dulunya cantik mengurai kini mengerbang dan kusut masai.
Aku stress! Aku tak sanggup lagi untuk hidup!
Aku menuju ke arah dapur dan mengambil sebilah pisau. Lama aku renungi pisau tersebut.
Untuk seketika, aku membelai perutku yang semakin membesar lalu menghiris pergelangan tanganku lalu pandanganku kabur dan semakin lama semakin gelap.
Maafkan mama, babyku. Mama mu ini sudah tidak kuat lagi...
YOU ARE READING
CATATAN MISTERI [C]
Misterio / SuspensoApabila janji dimungkiri, Nyawa menjadi galang ganti... Sebuah catatan misteri yang merungkai kisah hidup Nur Syafira yang sering diganggu dengan mimpi ngeri. Orang kata, mimpi tu mainan syaitan. Tapi...betul ke? Highest Ranking: #6 suspense #Exand...