Bahagian 11

111 9 0
                                    

8 November 2013

Aku memandang ke sekelilingku. Gelap dan suram. Hanya samar-samar cahaya yang menerangi kawasan ini.

Di kiri kananku terdapat beberapa kubur yang ditandakan dengan batu nisan. Aku terperanjat apabila menyedari tanganku sedang menggendong sebuah batu nisan yang diselubungi kain batik. Secara spontan, aku melemparkan batu nisan tersebut daripadaku.

Dari kejauhan, aku mendengar esakan tangis seseorang. Seram dan mendayu-dayu bunyinya. Semakin lama, bunyi tersebut semakin kuat dan semakin mendekatiku.

Aku menoleh ke kiri ku dan terkedu apabila memandang susuk tubuh seorang perempuan yang sedang berpeluk tubuh dan menundukkan wajahnya.

Buntang mataku apabila dia perlahan-lahan mengangkat wajahnya dan memandang ke arahku dengan sengihan ngerinya.

Mulutnya dinganga seluas-luasnya sehingga menampakkan gigi taringnya dan lelehan darah yang begitu banyak. Wajahnya yang berulat dan mengeluarkan bauan yang amat busuk menyesakkan nafasku.

Aku berlari sekuat hati meninggalkan kawasan perkuburan dan perempuan tersebut. Namun, lembaga tersebut masih mengejarku dan mengilai kuat apabila melihat diriku yang lari lintang pukang.

"Berikan anak itu!!!!" Lembaga tersebut berkata sambil gigih mengejarku.

Tiba-tiba, aku merasakan cairan hangat yang mengalir keluar dari celahan pangkalku ketika sedang melarikan diri. Rasa sakit yang teramat menyerang perutku dan membuatkan aku terjatuh dan tidak mampu berdiri.

Lembaga perempuan itu semakin mendekati diriku namun aku tidak mampu melakukan apa-apa selain berserah dan pasrah dengan apa yang bakal terjadi.

"Ira!! Ira!! Bangun sayang!" Aku membuka mataku apabila terasa tamparan keras menyinggah pipiku dan melihat Adam berada di sisiku sambil melihatku cemas. Ternyata, apa yang kualami tadi hanya mimpi.

Adam memberitahuku bahawa dia mendengar aku mengigau dan meracau-racau dari tadi.

Pada mulanya, dia mengingatkan itu hanyalah normal namun dia memutuskan untuk mengejutkan aku dari tidur setelah aku tidak berhenti-henti meracau.

Puas dia menggoncangkan tubuhku namun aku masih tidak sedar. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menamparku bagi menyedarkan aku dari tidur.

Aku memberitahu akan mimpiku kepada Adam namun dia berkata mungkin itu hanya mimpi sahaja dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Puas aku cuba meyakinkannya namun dia cuba menenangkan diriku. Adam memang merupakan seorang yang susah percaya dengan perkara-perkara sebegini.

Untuk tidak mengeruhkan keadaan, aku hanya mendiamkan diri sahaja.

Namun aku yakin. Ini bukan sekadar mimpi!

CATATAN MISTERI [C]Where stories live. Discover now