10 Disember 2013
Aku berdiri setia di sebalik lambakan kereta yang terletak agak jauh dari rumahku namun masih dapat melihat ruangan hadapan rumahku. Sengaja aku berdiri di situ untuk melihat siapakah perempuan yang berjaya menghuni hati Adam.
Sweater hitam dan hoodie yang menutupi wajahku membuatkan kehadiranku sukar dikesan oleh sesiapa pun di situ.
Setelah 20 minit menunggu, aku melihat kehadiran seseorang sedang menuju ke arah rumahku.
Tasha!
Kenapa Tasha datang ke rumahku malam-malam macam ni? Takkanlah dia perempuan tu?
Aku mengeluarkan telefon bimbit Adam. Lalu ku dail nombor perempuan yang dipanggil sayang oleh Adam itu.
Ketika menunggu si pemanggil mengangkat telefonnya, aku melihat Tasha mengangkat telefonnya.
Memang sah! Dialah perempuan jahanam tu!
Aku menamatkan panggilan itu. Aku menggenggam tanganku dengan sekuat hati lalu menuju ke arah Tasha.
"Tasha, kau buat apa kat sini?" Aku berpura-pura terkejut dan menyapa Tasha seperti tiada apa pun yang berlaku.
"Eh Ira!" Riak wajah Tasha mula berubah apabila melihat kehadiranku di depan rumahku itu. Mungkin tidak menjangkakan kehadiranku di situ pada malam itu.
"Dah lama sampai ke? Kenapa datang sini tak bagitahu dulu? Nasib baik aku ada kat rumah. Jomlah masuk dulu." Aku membuka pintu rumah sambil mempelawanya masuk.
Kau memang tak guna Tasha!
***************************************
Aku meletakkan secawan teh ke atas meja. Tasha kelihatan resah dan gelisah. Sedari tadi, dia asyik memandang sekeliling rumahku.Cari laki akulah tu. Aku dah tanam dialah.
Lepas ni, giliran kau pula, Tasha!
"Jemputlah minum, Tasha." Aku melemparkan senyuman manis ke arahnya. Laju dia meneguk air teh tersebut.
"Apa hajat kau datang sini? Dah lama tak jumpa kau. Biasanya susah nak jumpa kau. Asyik sibuk memanjang je." Aku melontarkan soalan sinis itu kepadanya.
"Aku saja je datang jumpa kau. Rindu pula lama dah tak jumpa kau." Aku tersenyum sinis tatkala mendengar alasannya.
"Bukan kau datang sini sebab nak jumpa Adam ke?" Aku melontarkan soalan maut kepadanya. Tersedak Tasha saat mendengarkan kata-kataku itu.
"Ma..macam mana kau boleh tahu?" Tergagap-gagap Tasha bertanyakan soalan itu.
"Jadi betullah kau yang merampas Adam dari aku?!" Aku memandang tepat pada matanya.
"Kau yang rampas Adam dari aku!" Suara Tasha tiba-tiba meninggi apabila mendengarkan tuduhanku kepadanya itu.
"Sebelum kau kahwin dengan Adam lagi, aku dah couple dengan dia. Dan kitaorang dah rancang untuk berkahwin. Tapi, bila mak dengan ayah Adam nak kahwinkan kau dengan dia, kami terpaksa melupakan hasrat kami. Disebabkan kau, aku menderita dan kehilangan cinta hati aku!"
"Tapi kenapa kau dengan Adam tak bagitahu je tentang hubungan korang dengan parents Adam? Kenapa perlu buat semua ni?"
"Adam dah bagitahu tapi mak dengan ayah dia tetap berkeras nak kahwinkan kau dengan dia. Aku tak tahulah kenapa asyik kau je yang dapat apa yang aku nak. Dari dulu sampai sekarang, kau rampas apa saja yang aku nak. Kau memang tak guna!" Tasha mula beremosi. Aku dapat melihat air matanya yang semakin mengalir laju apabila menuturkan kata-kata itu.
"Aku tak buat pun apa yang kau cakap Tasha. Dari dulu sampai sekarang, aku anggap kau macam keluarga aku. Kalau kau betul-betul sukakan Adam, kenapa kau tak bagitahu aku? Kenapa kau perlu berpura-pura macam ni?"
"Sebab aku tahu, perempuan tak guna macam kau ni memang takkan mengalah!" Membuak-buak marah Tasha apabila dia menghamburkan amarahnya kepadaku.
"Untuk pengetahuan kau Ira. Aku yang hasut Adam supaya dia letakkan ubat dalam air kau." Tasha tersenyum sinis memandangku.
"Kau ingat lagi perempuan yang selalu kau mimpikan setiap malam tu?" Bulat mataku memandang Tasha. Macam mana dia tahu tentang perempuan yang selalu mengangguku di dalam mimpi itu?
"Aku yang hantar perempuan tu untuk kacau hidup kau. Aku jumpa bomoh untuk pastikan mimpi kau dah tak lena macam dulu lagi dan anak kau akan mampus sebab mak dia dah gila." Senyuman sini Tasha masih menghiasi bibirnya. Puas dia melihat diriku hanya termangu mendengarkan pengakuannya dari tadi.
Aku mengeluarkan sebilah pisau yang ku sembunyikan di dalam poket sweaterku itu. Akanku kuburkan kau sepertimana Adam. Kau nak bersama Adam sangat kan? Biar aku tunaikan hajat kau tu.
***************************************
Aku mencampakkan mayat Tasha dan mengebumikannya bersebelahan tempat Adam dikuburkan.
"Abang, Ira dah tunaikan hajat abang untuk bersama Tasha."aku berkata sambil memandang kuburan Adam lalu aku menuju ke halaman rumahku dengan pandangan yang kosong.
Aku menaiki kerusi dan menyarungkan tali yang telah digantung di atas pokok besar itu ke leherku lalu menamatkan riwayatku di halaman rumahku itu.
Inilah akhir hidupku....maafkan aku Tuhanku.
YOU ARE READING
CATATAN MISTERI [C]
Mystery / ThrillerApabila janji dimungkiri, Nyawa menjadi galang ganti... Sebuah catatan misteri yang merungkai kisah hidup Nur Syafira yang sering diganggu dengan mimpi ngeri. Orang kata, mimpi tu mainan syaitan. Tapi...betul ke? Highest Ranking: #6 suspense #Exand...