Dari luar kedai sudah nampak penuh. Memang penuh pun apabila masuk.
Cuaca di luar mendung sahaja. Sebelumnya, sepanjang perjalanan hujan, tidaklah lebat sangat. Sekarang sudah berhenti. Menunggu giliran, Angah dan Along tengok drama. Ayah baca berita. Jalan di luar agak sibuk. Di kiri dan di kanan lagi sibuk. Seperti biasa, sibuk dengan yang membakar lemang, cukup meriah. Masing-masing mahu memilih. Lemang yang mana mahu dibeli? Yang menjual buluh lemang pun ada.
Itu semalam. Hari ini Ramadan terakhir. Yang balik kampung, kawal emosi, macam-macam ragam menanti, hati-hati, mengantuk, berhenti, ingat-ingat yang menanti.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....