Sebelum sampai di Klia 2, kami berhenti di masjid Ar-Rahimah, Taman Greenwood, Gombak.
Khutbahnya tentang bahaya fitnah. Mudah untuk menyebarkan fitnah melalui media sosial pada hari ini. Pelbagai berita atau khabar yang kita terima pada setiap saat. Jika kita tidak berfikir panjang atau meneliti kebenaran berita atau khabar yang kita terima, bayangkan berapa banyak fitnah dan penipuan yang telah kita sebarkan pada setiap saat?
Kebaikan juga boleh disebarkan pada setiap saat dalam media sosial. Jika hidung kita memanjang seperti Pinocchio setiap kali menyebarkan fitnah atau penipuan, kebaikan akan bersama kita sepanjang masa. Jika semua orang menyebarkan kebaikan,Insya-Allah, aman, damai, harmoni dan sentosa hidup kita semua.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....