Berkumpul sambil makan-makan saat yang menyeronokkan.
Apabila Pak Long dan Mak Long balik bertambah meriah, bertambah 'meriah' juga dengan menu juadah. Malam tadi kami semua makan sup tulang beramai-ramai. Anak-anak cukup aktif bermain dan ada pula yang 'lupa' dia sedang berpantang. Ada pula tayangan filem aksi, debaran dalam hujan. Hujan di luar, di dalam rumah pula terhidang sup panas, bagai mengantuk disorongkan bantal.
Musim hujan, sup panas boleh menjadi pilihan. Sejuk di luar, panas di dalam. Dalam tengkujuh, boleh berpeluh tatkala menghirup sup.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....