Perut kenyang, hati girang. Alhamdulillah.
Mendung mengiringi kami sepanjang perjalanan selesai program di SM Sains Sabah. Rumah terbalik bukan biasa-biasa. Ada falsafah di sebaliknya. Menurut petugas, suatu masa, dunia ini akan 'terbalik' dan bumi ini juga 'terbalik' disebabkan
sikap manusia sendiri. Lihatlah pada dunia pada hari ini? Banyak bencana dan kerosakan di dunia disebabkan oleh manusia yang terlalu mementingkan diri dan tamak haloba.
Pengajaran dan pengalaman itu ada di mana-mana. Alam dan manusia sentiasa mengajar kita dengan memberikan nilai dan pengajaran dalam kehidupan. Ada sesiapa belajar subjek Alam dan Manusia waktu di sekolah rendah dahulu? Kita geng.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....