Sedang ayah menghirup kopi Radix, Angah sedang bermain kereta api kecil. Ayah dan umi ada impian untuk bawa anak-anak berjalan naik kereta api.
Waktu ayah kecil, Ayah, Atuk, Opah dan adik-adik ayah naik kereta api di Mentakab. Dulu, ayam pun boleh naik kereta api. Apabila berhenti di stesen kereta api yang lain, akan ada penjual makanan naik menjual makanan seperti kacang, mi goreng dan bihun goreng. Sudah lama tidak menaiki kereta api merentas ke negeri lain seperti zaman kanak-kanak.
Naik kereta api membolehkan kita melihat pemandangan yang berlainan dan dapat melihat keunikan stesen kereta api tertentu yang masih kekal dengan reka bentuk asal serta menemui jalan cerita yang berbeza. Indahnya Malaysia.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....