Pisang Awak Opah bawa balik dari rumah Pak Long Li dan Mak Long Pah.
Cucu-cucu Opah gemar pisang. Pisang Awak pun mereka makan begitu saja, ayah pun jarang sangat makan pisang awak, kalau pisang emas atau lemak manis lainlah. Biasanya, Opah buat cekodok. Cekodok pisang dibelah atau dikoyak guna tangan kalau nak bagi cepat sejuk. Susah nak jumpa orang jual cekodok yang kecil sebab cekodok yang dijual sekarang besar-besar, rasa tepung lebih berbanding rasa pisang.
Kita juga perlu menjadi seperti pisang sesikat digulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama, iaitu sahabat (keluarga dll) yang hidup setia dan bertolong-tolongan (Kamus Dewan Edisi Keempat).
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....