Ada yang bunyi sebutannya 'kopok' sahaja, itulah keropok.
Sebut sahaja 'keropok', banyak yang mula membayangkan keropok kegemaran mereka. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, keropok lekor bermaksud sejenis keropok basah berbentuk torak yang dihiris sebelum digoreng. Torak? Torak ialah berbentuk silinder (bulat panjang). Bayangkan pula keropok lekor yang masih panas, dicicah dengan sos keropok dalam musim hujan atau tengkujuh.
Bersyukurlah kita yang masih diberi kesihatan, pantang nampak keropok atau apa-apa sahaja, asalkan boleh dimakan, kita pun 'telan'. Ada selera, Alhamdulillah. Tidak ada selera, itu yang 'susah'.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....