Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud memprovokasi yang pertama ialah membangkitkan kemarahan.
Salah satu tujuan provokasi adalah untuk melihat reaksi pihak tertentu dalam menangani provokasi yang dicetuskan. Apabila timbul tindak balas, sering kali pihak yang mencetuskan provokasi cuba mewujudkan simpati atau mengingatkan pihak yang memberi tindak balas agar tidak menjadikan isu yang ditimbulkan sebagai satu isu besar kerana isu tersebut tidak disengajakan. Mereka pula cuba mengajar pihak yang memberi tindakan supaya mengikut persepsi yang dicipta mereka kononnya itu satu kesilapan yang tidak disengajakan.
Provokasi menimbulkan kesan buruk. Keamanan yang dinikmati selama ini tidak seharusnya dimusnahkan oleh provokasi. Jika tidak suka Malaysia, pergi ke tempat lain.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....