Tahniah kepada Profesor Dr Siti Zainon Ismail yang telah dinamakan sebagai Sasterawan Negara ke-14.
Dalam buku beliau '100 Malay Proverbs, Pepatah Petitih Melayu', ada peribahasa 'burung terbang dipipiskan lada'. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pipis bermaksud sudah dilumatkan (dihaluskan). Memipis ialah melumatkan atau menghaluskan (lada, rempah dan lain-lain) dengan batu giling dan lain-lain. Ayah pun tidak tahu ke mana menghilangnya batu giling di rumah nenek, salah satu aktiviti waktu kecil, melihat nenek memipis lada.
Setiap hari kita dapat belajar sesuatu daripada orang lain, sama ada melalui penceritaan atau penulisan mereka. Luangkan sedikit masa untuk membaca walaupun hanya satu muka. Surah Al-Alaq adalah untuk kita.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....