Alhamdulillah, Umi berjaya menganjurkan program senam robik, dibantu rakan dan anak muridnya pada hari semalam. Sebagai seorang guru atau pemimpin, guru atau pemimpin yang bagaimana mahu kita jadi?
Tidak jemu menonton 3 Idiots. Watak Virus pasti akan terus diingati. Lihat reaksinya apabila anak muridnya bertanya atau memberi pandangan. Adakah dia mahu mendengar pendapat anak muridnya atau sekadar mendengar serta mahu jawapan yang keluar itu sama dalam fikirannya, seperti yang difikirkannya? Dilihat dari satu sudut, dia mahu anak murid menjadi sepertinya, semalam anaknya meninggal dunia, hari ini dia sudah bekerja seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
Sebagai guru atau pemimpin tidak perlulah menjadi Virus yang seterusnya. Kita sudah dapat belajar sesuatu daripada Virus. Terima kasih Virus.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....