Achik suruh ayah buka botol air, ayah pun buka. Selepas itu ayah hulur kepadanya dan kata,"Tudung." "Cakaplah penutup," kata Achik.
Tudung dan penutup sama maksudnya. Ada yang boleh faham kedua-duanya, mungkin ada yang tidak. Zaman dahulu, main jentik tudung oren sangat popular dimain bersama-sama. Kadang-kadang sanggup jalan kaki ke kedai semata-mata untuk mengutip tudung oren, mahu main jentik dan dibuat buah dam papan. Sanggup juga kumpul duit untuk beli air 7UP, kickapoo, mirinda dan lain-lain untuk dapatkan tudung botol .
Dahulu, main jentik tudung oren mengisi masa senggang itu perkara biasa. Sekarang, mungkin sudah jadi luar biasa atau dianggap ketinggalan zaman. Ternyata teknologi 'membunuh' kita dalam senyap.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....