Sengsara

2 0 0
                                    

Matlamat lebih jelas dengan adanya cita-citanya.
     Waktu zaman sekolah rendah, ayah mahu jadi Cikgu. Waktu zaman sebelum sekolah, ayah mahu jadi pemandu lori balak. Apabila di sekolah menengah, ayah  seperti meraba-raba di dalam gelap. Pada mulanya, ayah mahu jadi kartunis sebab suka melukis kartun, akhirnya tidak berani mengambil mata pelajaran seni lukis sebab tidak pandai mewarna. Disebabkan ayah 'main' tulis sahaja cita-cita ayah, iaitu akauntan, maka ayah dimasukkan ke kelas akaun.   Dua tahun yang dirasakan begitu lama dan begitu sengsara, itu bukanlah minat dan kecenderungan ayah yang sebenar.
     Memilih jurusan yang kita minati membuatkan kita seronok untuk belajar. Memilih untuk mengikut kawan semata-mata bukan berdasarkan minat atau kerana dipaksa membuatkan kita begitu terseksa.

Cerita Ayah LagiWhere stories live. Discover now