Minggu lepas, hari minggu, selesai sahaja Hari Keluarga, kami bergerak dari Bukit Changgang ke Sungai Ramal Dalam mengekori Mak Long dan Pak Long.
Apakah yang ada di Sungai Ramal Dalam? Sesuatu yang menarik dan cantik sedang menanti kami. Perut perlu diisi dan apabila sampai, parkir pun telah penuh terisi. Alhamdulillah, akhirnya berjumpa tempat parkir. Kedai Makan Cantik itulah namanya. Wow, sungguh banyak pengunjung, sungguh banyak juadahnya! Penggemar masakan kampung, penggemar ulam-ulaman, pasti rambang mata, kuih-muih pun ada.
Ikan kering, ulam-ulaman pun sudah cukup membuka selera, apatah lagi aroma pelbagai lauk yang bertebaran. Mulakan dengan Bismillah, akhiri dengan Alhamdulillah.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....