Pejuang

0 0 0
                                    

Ayah tidak pasti waktu bila kakak Fatin muncul dalam hidup Umi.
    Yang ayah tahu,  kakak Fatin muncul setelah tingkatan 5, sebelum ini ayah tidak tahu dia tinggal di planet mana. Sewaktu ayah tingkatan lima ayah bukanlah pemimpin sepertinya, ayah lebih banyak dikelilingi buku di perpustakaan. Ayah tidak mengenal 'Instagram' atau 'Boomerang' sepertinya kerana pada zaman itu, tidak ada telefon bimbit, yang ada hanyalah pondok telefon awam, beratur menunggu giliran. Di sekolah sudah ada bilik komputer, tetapi komputer tidak secanggih hari ini.  Kakak Fatin akan menghadapi peperikssan SPM yang tinggal lagi seminggu, Umi pula bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM.
      Teruskan perjuangan bagi yang menghadapi peperiksaan SPM. Setiap daripada kita ialah pejuang dalam hidup ini. Pejuang tidak sesekali pernah mengalah dalam kehidupan.


Cerita Ayah LagiWhere stories live. Discover now