Malang tak berbau dan geruh tak mencium bau, begitulah peribahasa Melayu. Kadang-kadang, tanpa persetujuan, telefon bimbit pun boleh 'terjun' ke dalam lubang jamban.
Pagi ini, kami keluar sebelum 7.00 pagi. Semalam hari pertama sekolah, jalan sesak, hari ini bertambah sesak kerana ada kemalangan kecil. Hujan pun mula 'terjun' di pertengahan jalan, bertambah perlahan perjalanan. Walaupun semakin lambat namun tetap perlu bersyukur kerana tidak basah berbanding yang menaiki motor, terpaksa berteduh dan berhenti memakai baju hujan, ditimpa hujan.
Perkara yang kita tidak mahu selalu terjadi kepada kita. Perkara yang kita mahu, belum pasti akan kita dapat. Walaupun kita selalu mahu yang terbaik terjadi dalam hidup kita, Allah SWT lebih mengetahui perkara yang terbaik untuk hidup kita. Bersyukurlah.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....