Bukan senang untuk menjadi sempurna, apatah lagi apabila mahu bergambar bersama dengan anak-anak kecil.
Semua orang ada di dalam gambar itu sudah dikira sempurna. Aksinya ada pelbagai. Untuk mendapatkan satu gambar yang dikira sempurna memerlukan gambar diambil banyak kali. Zaman sekarang amat beruntung kerana 'kodak' tidak habis dan jika tidak puas dengan gambar yang diambil, boleh ambil lagi. Dahulu, tidak boleh tengok gambar yang diambil selagi gambar tidak 'dicuci' di kedai gambar.
Gambar menceritakan seribu nostalgia. Gambar ialah kenangan yang terindah yang dapat kita rakam dan simpan. Jangan dibiarkan gambar itu hilang begitu sahaja tanpa dicetak. Ayah masih lagi ke kedai gambar untuk mencetak gambar.
YOU ARE READING
Cerita Ayah Lagi
Historia CortaKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....