BAB 1

7.8K 134 3
                                    

Hari ini genaplah sebulan Wan Muhammad Azri bin Wan Ali bekerja di Syarikat Aevin Sdn. Bhd. Ianya sebuah syarikat kecil yang baru sahaja memulakan perniagaan dalam bidang pengubahsuaian dalaman. Namun jangan salah sangka, Wan Muhammad Azri bin Wan Ali atau lebih mudah dipanggil dengan nama Azri bukanlah bekerja sebagai penghias dalaman atau kontraktor, namun dia hanya bekerja sebagai pembantu tadbir sahaja dalam syarikat ini.

Syarikat ini mempunyai lima orang pekerja termasuk dirinya. Dua orang merupakan pereka hiasan dalaman, dan dua lagi adalah penyelia tapak. Dirinya yang merupakan pembantu tadbir menguruskan perihal pejabat seperti urusan penyeliaan fail, gaji, pembayaran bil, dan perkara remeh-temeh berkaitan pengurusan pejabat.

Hari ini seperti biasa sebelum jam 8 pagi lagi Azri sudah sampai ke pejabat, menghidupkan lampu dan penghawa dingin serta komputernya. Begitulah tugas utamanya setiap hari sementara rakan-rakan sekerja yang lain belum masuk. Fail yang telah disiapkan oleh Azri semalam yang mengandungi beberapa dokumen yang perlu ditandatangani oleh bossnya termasuk pekerja diperiksa semula Azri sekali imbas sementara menunggu bossnya masuk ke pejabat.

Dua orang pereka dalaman iaitu Zainal dan Alya telah pun masuk ke pejabat dan memulakan kerja mereka. Semenjak Azri mula bekerja sebulan lalu, Zainal dan Alya temannya di pejabat dan pergi makan tengah hari kerana lagi dua orang pekerja iaitu Zaim dan Ilham lebih banyak menghabiskan masa di luar kerana pekerjaan mereka terlibat dalam penyeliaan pekerja di tapak-tapak pengubahsuaian. Zainal dan Alya telah pun bercinta semenjak mereka mula kerja di syarikat itu bersama dan dengar khabar akan mengikat tali pertunangan tidak lama lagi. Azri turut gembira mendengar perkara itu dan kadang kala terdetik rasa cemburu kerana dirinya tidak seperti lelaki yang lain, iaitu memiliki perasaan pada wanita. Namun dirinya pasrah sahaja pada naluri yang telah lama wujud dalam dirinya semenjak di bangku sekolah lagi.

Tidak lama kemudian, bossnya Encik Hanif masuk ke pejabat dan Azri terus berjumpa dengannya untuk menyerahkan fail yang perlu ditandatangani. Encik Hanif yang berumur 36 tahun, agak segak orangnya dan telah pun berkahwin. Ya, kisah ini bukanlah mengenai Azri dan Encik Hanif ya.

"Jadi macam mana rasanya selepas sebulan kerja kat sini" Tanya Encik Hanif sambil menandatangani dokumen yang diberikan oleh Azri.

"Okey saja boss" balas Azri, pendek.

"Baguslah begitu, saya harap awak seronok kerja di sini. Lagi pun tahap kerja awak memuaskan" ujar Encik Hanif. "Harap awak dapat kekalkan prestasi ini" tambahnya lagi.

"Terima kasih boss" balas semula Azri, masih pendek. Sifat pemalunya memang suka hendak dibuang.

"okey, nah saya dah tandantangan semuanya, terima kasih ye Azri" ujar Encik Hanif.

Seusai keluar dari bilik Encik Hanif, Azri disapa oleh Alya.

"Ehem, ada orang tu dah dapat gaji pertamanya, bolehlah belanja kami" usik Alya.

"Hehe, boleh je" balas Azri.

"Macam tu Alya nak makan Victoria Station la, boleh tak adik Azriku yang comel" tambah Alya.

"hehe, Victoria Station, kedai apa tu? Victoria's Secret saya tahu la hehe" balas Azri sambil tersengih menampakkan lesung pipitnya.

"Awak ini, ada ke minta makan kat kedai mahal-mahal. Dah la Azri ni baru dapat gaji pertama dia" sampuk Zainal. "takpe, kali ini biar Abang Zainal belanja, meraikan adik Azri kita ini dah sebulan kerja sini" sambung Zainal.

"betul ke awak? Kalau macam tu awak belanja kami pizza boleh" pinta Alya teruja.

"boleh je, tunggu waktu makan tengah hari nanti ye kita pergi sama-sama" ujar Zainal.

"saya okey je Zainal dan Alya, terima kasih ye" balas Azri sambil tersengih dan membetulkan kaca matanya yang berbingkai petak. Membuatkan penampilannya begitu skema lagi-lagi dengan rambutnya tersisir rapi ke tepi, ditambah pula pakaianya yang nampak formal, memang nampak skema atau nerd kata orang putih.

"Amboi seronoknya berborak" suara Encik Hanif kendengaran tiba-tiba.

"Eh, hehe tak ada apa boss, bincang nak makan tengah hari kat mana je nanti" balas Alya.

"Awal betul bincangnya haha. Suka hati kamu orang la. Hah saya nak keluar pergi jumpa Dato' Ismail. Zainal, nanti dah siap layout pejabat Encik Bakri, awak whatsapp pada saya ye" pinta Encik Hanif.

"Baik boss" balas Zainal sambil tangannya menunjukkan isyarat okey.

"okey jaga pejabat elok-elok, jangan nakal-nakal saya pergi dulu" ujar Encik Hanif dan terus menuju ke pintu keluar.

Azri rasa amat besyukur bekerja di syarikat ini. Walaupun kecil namun dengan adanya boss dan rakan sekerja yang bagus, dia merasa senang. Di syarikat ini dialah yang paling muda, baru berumur 21 tahun. Zainal dan Alya masing-masing berumur 25 tahun manakala Zaim 27 tahun dan Ilham 29 tahun. Selepas tamat sahaja pengajian Diploma Sains Pejabat daripada Politeknik Sabak Bernam, beliau cuba memohon kerja di syarikat ini dan Alhamdulillah diterima. Akhirnya berpeluang juga dia untuk merasai kehidupan di kota metropolitan. Walaupun tidak terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur, namun lokasi syarikat yang terletak di Kota Damansara ini memudahkannya untuk pergi dan pulang ke kerja menggunakan pengangkutan awam iaitu bas awam.

Setelah bekerja ini juga, bolehlah Azri membayar pinjaman PTPTNnya sambil menghulur pada kedua ibu bapanya di kampung yang masih menyara tiga orang adiknya, seorang lelaki dan dua perempuan. Azri mempunyai seorang kakak yang telah berkahwin dan mengikut suaminya tinggal di Terengganu.



AkanKu TungguMu (Complete)Where stories live. Discover now