BAB 10

2.8K 93 1
                                    

Pagi-pagi lagi Iqbal sudah whatsApp Azri mengingatkan untuk bertemu pada petang nanti. Iqbal menyatakan ada suatu perkara yang hendak Iqbal lakukan pada Azri. Apa perkara itu Azri tidak pasti, namun kata Iqbal hendak menolong Azri mencapai cita-citanya. Adakah Iqbal mempunyai rakan yang berkerja dalam dunia penerbangan? Yang dapat membantu Azri menggapai impiannya dengan mudah? Angan Azri sambil tersenyum.

"Amboi, senyum sorang-sorang ni dah kenapa" sergah Kifli tiba-tiba. Terkejut Azri dibuatnya lalu bangun dari katilnya.

"ko ni, terperanjat aku, nasib baik tak kena sakit jantung" getus Azri.

"dah ko tak tutup pintu bilik ko ni kenapa? Lepas tu termenung khayal dok senyum sesorang, aku masuk dalam bilik ko pon tak sedar" ujar Kifli sambil menuju ke katil Azri dan duduk disebelahnya. "apa ko berangankan ni, fikirkan mamat tv muntah tu eh" teka Kifli.

"haish, tak la. Ni Hadi mana, awal ko bangun"

"Hadi pergi beli sarapan. Kita orang masuk kerja pukul 12 tengah hari nanti"

"oh, dia ada beli sarapan untuk aku tak nanti, tak payah aku nak turun beli sarapan"

"dah, aku dah pesan untuk ko sekali. Ko jangan cerewet lak, sejak sado ni makan memilih betul"

"haha, tak la. Aku pon dah lama tak sarapan berat-berat, nak cheat day la hari ini"

"ni, ko dengan sapa nama tu, Iqbal eh. Macam mana sekarang?"

Erm, kembali semula soalan ini dari mulut Kifli, getus Azri dalam hati. Bukan tidak mahu menjawap, namun dia sendiri tidak tahu. Kifli sentiasa bertanya soalan mengenainya dengan Iqbal. Dan jawapan yang sama juga Azri berikan iaitu mereka hanya berkawan. Maka tatkala itulah Kifli mula akan memberikan ceramah percuma menyuruh Azri jangan terlewat atau cuba beranikan diri untuk ke peringkat seterusnya. Naik muak Azri kerana skrip yang sama berulang dan berulang.

Bukan Azri tidak mahu, namun dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya perasaan dia terhadap Iqbal dan apa pula perasaan Iqbal terhadapnya. Lagi pun dia bukan terdesak memerlukan pasangan dan lebih selesa berkawan. Walaupun hubungan rapat mereka seperti belangkas, Azri dan Iqbal tahu batas masing-masing. Paling intim mereka pernah buat adalah berpeluk sewaktu Iqbal berkrisis muntah di kaca televisyen secara langsung. Selepas itu, semua kembali seperti biasa, Cuma Iqbal suka memberi renungan mendalam terhadap Azri. Mungkin itu sifat semulajadi Iqbal apabila memandang seseorang, sesuailah dengan kerjayanya sebagai wartawan penyiaran.

"macam biasa, aku dengan dia kawan je. Not more than that"

"ko ni, sampai bila ...." Baru sahaja Kifli hendak membebel seperti biasa, Azri mengetap bibir Kifli dengan tangannya.

"Sudah. Ayat yang sama je ko dok ulang bebel kat aku. Aku malas dah nak dengar. Nanti kalau ada apa-apa aku dengan dia tu, aku akan cerita kat ko" ujar Azri lantas bangun dari katilnya.

"tapi Azri kalau ko terlambat ....."

"ko nak minum air apa ni? Aku buat milo panas eh" pantas Azri memotong ayat Kifli lalu keluar dari biliknya menuju ke dapur.

Azri Azri, getus Kifli sambil mengelengkan kepala.

Seusai masing-masing menghabiskan sarapan yang dibeli Hadi iaitu nasi lemak berlauk, Kifli dan Hadi masuk semula ke bilik mereka. Mungkin hendak merehatkan diri seketika sebelum bangun semula untuk bersiap pergi ke kerja tengah hari nanti. Azri pula selepas mengemas meja dan mencuci pinggan dan cawan, berbaring di atas sofa di ruang tamu. Jam baru menunjukkan pukul 9 pagi. Masih awal pagi sabtu itu. Temujanji dia dengan Iqbal adalah selepas Iqbal habis bertugas membuat liputan mengenai program kesedaran stress di Hospital Kuala Lumpur. Iqbal khabarkan paling adalah pukul 3 petang. Masih lama lagi Azri perlu menunggu.

AkanKu TungguMu (Complete)Where stories live. Discover now