Iqbal tersenyum sahaja sepanjang pemanduannya dari mengambil Azri di KLIA. Namun Azri pula kini diselubungi dengan tanda tanya. Bagaimana Iqbal mengenali Ekhwan? Apa pula kaitan dengan Muiz? Seingat Azri tadi, Muiz memanggil Ekhwan sayang? Adakah Ekhwan dan Muiz berpacaran? Hendak sahaja Azri tanyakan pada Iqbal persoalan yang menyelubungi dirinya sekarang, namun berat mulutnya untuk meluahkan kata itu.
"Awak, penat ke?" Iqbal mulai bersuara sambil memandu.
"Penat, huhu." Balas Azri sambil menghela nafas yang agak panjang.
"Esok awak duty ke mana?" soal Iqbal.
"Hong Kong, but just day trip" jelas Azri.
"Pukul berapa? Nak saya hantar ke KLIA?" pelawa Iqbal.
"Pukul 11 pagi. Takpelah awak, saya pergi sendiri je." Terang Azri.
"esok saya off, boleh je nak hantar awak" lagi sekali Iqbal pelawa.
"takpe, awak hantar saya ke OU jela boleh, saya naik bas dari OU terus ke KLIA" balas Azri, tidak mahu menyusahkan Iqbal.
"betul ni?"
"betul"
"btw how Sydney?"
"Seronok, tapi sekejap sangat, tak puas" rungut Azri.
"la siannya, awak pergi mana je?" soal Iqbal.
"round sekitar Harbour, lepas tu tengok Sydney Bridge, Opera House. Pancake kat sana sedap tau, besar" tutur Azri sambil membayangkan semula saat-saatnya bersama dengan Ekhwan di Sydney.
"oh bestnya dengar" bilang Iqbal. "awak jalan dengan siapa? Soal Iqbal.
"Dengan Ekhwan" jawap Azri.
"Ekhwan? Awak duty dengan dia ke?" soal lagi Iqbal.
"Yup. Btw, macam mana awak kenal Iqbal?" soal pula Azri.
Iqbal memandang Azri seketika sambil tersenyum dan kemudian memandang ke hadapan semula focus pada pemanduannya.
"Kita makan kat Ikea nak? Saya teringin meatball pula" Iqbal cuba melarikan topic perbualan dengan menghindarkan soalan Azri.
"ikut awak la" jawap Azri dengan nada sedikit kedengaran rajuk.
Iqbal tersenyum sambil membelok masuk ke Mutiara Damansara dan seterusnya menyusur masuk ke Ikea di situ.
Tatkala Iqbal beratur untuk membeli makanan di Ikea itu, Azri duduk menjaga tempat. Sebenarnya orang tidak ramai ketika itu dan banyak sahaja meja yang kosong. Namun Iqbal tetap menyuruh Azri duduk kerana dia sudah menempuhi perjalanan yang jauh. Azri akur sahaja sambil memeluk tubuhnya. Uniform sudah ditanggalnya tadi di dalam kereta dan kini dia hanya berbaju tshirt putih. Di picit-picit lengannya sendiri, terasa ototnya sudah agak menyusut, mungkin kerana sudah lama meninggalkan gym semenjak dari mulai latihan kru di Penang lagi.
Iqbal sudah pun sampai ke meja dengan makanan-makanan lazim di ikea, meatball, kepak ayam, cheesecake, popia, muffin dan air mineral.
"banyaknya" getus Azri. "siapa nak habiskan ini?" sambungnya.
"sama-samalah habiskan. Awak tu dah nampak kurus, kena makan banyak sikit" ujar Iqbal.
Azri hanya mencebik bibirnya sambil menjeling ke arah Iqbal. Dia mengambil pinggan meatballnya, memang terasa lapar perutnya ketika ini. Almaklumlah makanan dalam kapal bukannya banyak dan tenaga banyak juga digunakan dalam melayani penumpang. Sambil menikmati makanan yang terhidang, Azri terfikir untuk bertanya kembali soalannya yang diajukan di dalam kereta tadi.
YOU ARE READING
AkanKu TungguMu (Complete)
RomanceAzri seorang lelaki skema yang baru sahaja hendak memulakan hidup di kota metropolitan. Selain untuk mencari pengalaman kerja, niatnya juga adalah hendak mengubah dirinya agar dapat mengejar cita-cita sebenarnya, menggapai kerjaya di awan biru. Iqba...