BAB 13

2.4K 87 1
                                    

Seperti yang telah dijangka, riuh pejabat Aevin Sdn. Bhd melihat penampilan baharu Azri. Terlopong Zainal dan Alya melihat Azri yang kini lebih segak, dengan rambut ala-ala mat korea berwarna perang gelap, tidak lagi memakai kaca mata dan pakaian kemejanya yang mengikut bentuk tubuh. Encik Hanif, boss mereka juga terperanjat, sampai sempat bergurau yang dia tiada pon mengambil pekerja baharu.

Masuk sahaja boss ke pejabatnya, Azri terus bertemu dengan Encik Hanif untuk memohon cuti pada hari khamis nanti. Mudahnya Encik Hanif meluluskan sahaja permohonan cuti Azri. Azri juga berterus terang mahu menghadiri temuduga bersama Dahlia Airways. Tak sangka Encik Hanif menyokongnya dalam mengejar cita-citanya. Rupa-rupanya adik perempuan Encik Hanif merupakan pramugari di sebuah syarikat penerbangan timur tengah. Sempat Encik Hanif mengusik Azri patutlah bergaya baharu, rupanya ada udang di sebalik batu.

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Lantaran itu terus Azri membuka website Channel 5 untuk menonton berita pagi secara online. Hari ini adalah hari pertama Iqbal menjadi pembaca berita untuk sesi berita pagi. Iqbal sudah mengingatkan Azri agar tidak terlupa untuk menontonnya. Berita telahpon bermula dan persona Iqbal cukup kuat. Azri tersenyum-senyum melihat insan di dalam skrinnya itu. Satu apa butir berita yang di baca Iqbal tidak dapat Azri tangkap.

Dia hanya mengagumi dan menikmati wajah Iqbal. Cukup kacak, hampir membuat Azri terpikat. Mungkin kini Azri sudah terpikat pad Iqbal. Lagi-lagi Iqbal seorang yang sangat baik, banyak membantunya sepanjang mula berkenalan. Dari melatih dirinya di gym, sehinggalah meng'makeover'kan dirinya. Malahan mencari pula pelatih agar dia bersedia menghadapi temuduga nanti, sesiapa pun pasti akan terpikat dengan kebaikan yang Iqbal berikan.

Mereka pun banyak berkongsi cerita, dan Azri kagum dengan semangat Iqbal dalam mengejar cita-citanya. Sanggup bersusah payah mengkuruskan diri, dari seorang yang gemuk kini telah pon tegap dan kekar, bermula dari bawah dengan menjadi kru belakang tabir dan dalam tempoh setahun lebih sahaja akhirnya dia sudah terpilih menjadi newscaster. Mungkin tak lama lagi dia akan menjadi pembaca berita slot perdana pula.

Dan yang paling penting, Iqbal tidak lokek dalam membantu. Semangat dalam dirinya itu juga dalam mengejar impian dikongsikan dengan orang lain, iaitu diri Azri. Bermula dengan angan-angan yang akhirnya menjadi impian dan cita-cita, kita harus berusaha mencapainya. Setiap insan mampu berangan, namun mampukah mereka merealisasikan angan-angan itu menjadi realiti? Itulah semangat yang ada dalam diri Iqbal, dan semangat itu kini dikongsi bersama-sama dengan Azri. Sukar itu jumpa orang seperti Iqbal, low profile dan humble walaupun bekerja dalam sektor yang melibatkan populariti dan sanggup pula berkongsi semangat dirinya dengan insan lain.

.......................................................

Hari yang dinanti telah tiba. Hari ini Azri akan pergi ke temuduga terbuka kru kabin Dahlia Airways di KL Sentral. Iqbal meminta maaf banyak-banyak pada Azri kerana tidak dapat menghantarnya pagi itu. Tugasnya sebagai pembaca berita pagi memerlukan Iqbal berada di Studio Perdana seawall 6.30 pagi. Walau apa pun, Iqbal mengucapkan berbanyak semoga berjaya pada Azri. Pertemuan mereka petang semalam ketika Iqbal membawa Azri membeli-belah di The Curve untuk mencari pakaian yang sesuai bagi Azri menghadiri temuduga pagi ini sudah cukup bermakna.

Kemeja putih serta bertali leher ungu, berkasut kulit dan berseluar slack, sungguh segak Azri pagi itu. Azri memilih warna ungu untuk tali leher kerana warna itu melambangkan Dahlia Airways, tips yang telah diberikan oleh Stephanie Maria tempoh hari. Bersamanya briefcase yang mengandungi file sijilnya serta resume.

Walaupun baru pukul 8 pagi dan temuduga hanya akan bermula pada 9.30 pagi, ratusan orang sudah memenuhi ruang dewan temuduga itu. Ada lebih kurang dalam 500-600 orang rasanya. Pelbagai gaya yang dipamerkan masing-masing. Lelaki kebanyakannya berpakaian formal seperti Azri, perempuan pula kebanyakkannya memakai skirt dan berkasut tumit tinggi. Ada yang cantik dan kacak, ada yang biasa-biasa sahaja da nada juga yang urmm, rupa agak tidak layak tapi mungkin mencuba nasib. Mengetahui Dahlia Airways sangat menitik beratkan pernampilan, di mana kru kabinnya terkenal dengan rupa yang kacak dan cantik, pasti saingan temuduga pada hari ini sangat sengit.

AkanKu TungguMu (Complete)Where stories live. Discover now