"Kemeriahan amat terasa, jadi kepada semua pengunjung di mana sahaja, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keunikannya Pesta Flora Ria Kuala Lumpur 2019. Saya Iqbal Irfan melaporkan, kembali ke Studio Perdana".
"Seperti biasa, bagus. Terima kasih Iqbal sebab memudahkan" ujar Syafie, juru kamera yang bersama Iqbal Irfan yang membuat liputan mengenai kemeriahan Pesta Flora Ria yang sedang berlangsung di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur sekarang.
"Sama-sama, terima kasih juga Pi sebab sama-sama memudahkan" balas Iqbal Irfan.
Iqbal Irfan, 26 tahun merupakan wartawan yang bekerja dengan syarikat penyiaran Channel 5, antara syarikat penyiaran terkemuka tanah air. Dia baru sahaja ditugaskan sebagai wartawan kira-kira 7 bulan di mana sebelum ini beliau ditugaskan sebagai penyunting selama setahun di syarikat yang sama. Berkelulusan Ijazah Komunikasi Media sememangnya menunjukkan bahawa Iqbal amat meminati dunia penyiaran.
Iqbal dan Syafie menuju ke kereta kerana mereka perlu ke Studio Perdana, nama tempat bagi letaknya Channel 5 beroperasi kerana perlu menyunting rakaman tadi sebelum diserahkan pada unit berita untuk disiarkan. Kereta dipandu Iqbal kerana Syafie hendak membelek rakaman yang telah mereka lakukan.
"Jadi okay ke rakaman kita tadi Pi" soal Iqbal memecahkan kesunyian.
"Bro, kalau ko yang jadi wartawan lokasi, memang okay la" ujar Syafie memuji. "Tak sangka ko yang tak sampai setahun jadi wartawan ni not bad cara penyampaian. Boss pon pernah puji" tambah Syafie.
"Ala bro, tu pon sebab aku memang belajar masscom" balas Iqbal. "Dan memang minat aku gak nak jadi wartawan ni" ujar Iqbal lagi.
"Nampak la usaha ko nak masuk bidang ni, masa mula-mula kerja, lain betul ko, sebab nak jadi kejar cita-cita, terus berubah" turut Syafie.
"Kita dah sampai, jom cepat. Aku nanti malam nak ke gim lak, lambat edit lambat pula aku ke gim nanti" nyata Iqbal.
"Dah cukup sado dah ni, fit. Perfect for camera, tak payah nak sado-sado lagi dah" seloroh Syafie.
"Haha, nak maintain beb. Lagi pon tak tau nak buat apa malam-malam. Duduk di rumah pon boring gak sejak parent aku pindah ke UK ni" ujar Iqbal.
Habis sahaja menyunting rakaman petang tadi di Studio Perdana, Iqbal bergegas pulang ke rumah yang terletak di Kota Damasara untuk menunaikan solat Isya dan menukar pakaian. Jam di tangan menunjukkan pukul 9.26 malam. Agak terlewat dia sampai ke Advance Shape Gym. Masuk sahaja di gim, dia pergi ke treadmill dahulu untuk melakukan senaman kardiovaskular dengan berlari di atas alatan tersebut.
Pada masa yang sama, Azri turut melangkah masuk ke gim dan mendaftarkan diri. Azri tekad untuk memulakan latihan di gim, dengan berbekalkan cara penggunaan dan pembelajaran alatan dari telefon pintarnya. Sesudah mendaftar, Azri memandang sekeliling melihat sekitar dalaman gim. Dilihatnya ada tiga orang pengunjung. Seorang menggunakan alatan senaman kaki, seorang alatan dada dan seorang lagi berlari di treadmill. Azri buntu. Apakah yang harus dilakukan. Tanpa berfikir panjang, dia ke satu kawasan yang terdapat susunan pemberat tangan atau pun dumbbell.
Banyak dumbbell yang tersusun. Dari kecil sampai ke besar. Azri mengambil satu dumbbell yang tertulis 4kg dan terus mengangkatnya dari bahu ke atas. Diulang-ulang perbuatan itu. Walaupun terasa janggal, namun kerana Azri tidak tahu apa yang hendak dilakukan, maka ini sahajalah yang boleh untuk permulaan. Hendak bertanya pada orang sekeliling, ada tiga orang sahaja dan masing-masing kelihatan focus dengan senaman mereka. Lagipun dia berasa malu kerana badannya yang kurus itu. Agak segan baginya untuk bertanya pada mereka yang bertubuh kekar dalam gim tersebut.
Keletah Azri diperhatikan seseorang. Iqbal. Mat skema semalam rupanya datang juga. Dengan baju shirt hijau terang yang agak besar walaupun badannya kurus, seluar track bottom berwarna hitam, rambut tersisir rapi ke tepi, memang kuat gaya skemanya. Iqbal merasakan ini masanya untuk dia menegur lelaki terbabit dan membantunya.
"Perlukan bantuan" terkejut Azri. Ada seseorang yang menyapanya. Azri menoleh ke kiri, lelaki yang berlari di atas treadmill tadi menegurnya. Kacak. Kulit cerah bersih, dengan tulang rahang kelihatan, menampakkan kemaskulinannya. Rambut diwarnakan perang gelap, hanya samar-samar kelihatan warnanya dek cahaya lampu gim tersebut. Tinggi lelaki itu dengan tingginya hampir sama, dalam 175cm, dan bentuk badan berotot tegap. Baju putih tidak berlengan dan seluar paras peha menampakkan lagi kekekaran tubuh lelaki itu. Tidak terlalu besar, bersesuaian dengan ketinggiannya. Azri terpana. Insan yang boleh dikatakan helok itu menegurnya. Dia hanya mampu membetulkan kaca mata di atas hidungnya. Tidak membalas dengan sebarang kata-kata.
"Janganlah malu. Kalau malu, tak bertanya, nanti silap guna semua alatan ini, boleh sakit nanti badan" ujar lagi lelaki terbabit.
"erk, ermm, aa" hanya bunyi itu keluar dari mulut Azri. 'Dah kenapa dengan aku ni, janganlah tunjuk gementar sangat' getus Azri dalam hati.
"baru nak mula main gim eh? Takpe. Aku boleh bantu ajarkan sikit. Iqbal" nyatanya sambil menghulurkan tangan hendak menyalam.
"Azri" balas Azri menyambut salam tersebut. "aah, baru kali pertama nak main gim ni" ujarnya lagi.
"okay takpe aku faham. Dulu aku pon macam ni gak tak tahu nak buat apa. Mari aku terangkan sikit" Iqbal cuba hendak membantu Azri. "Mala mini kita bermula dengan dumbbell ni dulu ye, 4kg terlalu ringan, cuba guna 7kg" ujarnya lagi.
Lantaran Azri pon mengambil dumbbell bersaiz 7kg. Iqbal pon menerangkan pada Azri teknik menggunakan dumbbell dengan betul berserta teknik kawalan nafas yang sepatutnya. Hampir satu jam. Iqbal menerangkan pada Azri cara menggunakan teknik dumbbell yang boleh menaikkan otot lengan dan bahu. Iqbal juga menerangkan bahawa dumbbell turut boleh digunakan untuk menaikan otot dada, dan belakang. Namun katanya itu akan diterangkannya esok. Malam ini cukup fokuskan pada lengan dan bahu terlebih dahulu.
Berpeluh habis badan muka dan badan Azri. Malangnya dia tidak membawa tuala.
"Nah, lap peluh tu" tutur Iqbal sambil menghulurkan tuala berwarna ungu. "jangan risau aku tak guna lagi". Azri mengambil tuala terbabit dan mengelap peluhnya. Iqbal mengajak Azri berehat di kerusi dan menyatakan cukup dahulu untuk malam ini. Sudah lebih sejam dia mengajar Azri teknik menggunakan dumbbell yang sepatutnya.
"Tinggal di mana?" Soal Iqbal.
"Flat Jalan Selasih" balas Azri. Ringkas.
"Oh, depan ni je. Senanglah nak datang gim ni, jalan kaki je lintas jalan" tutur Iqbal.
"Aah, yup" balas Azri. Masih lagi pendek. Penat bercampur gementar. Penat kerana melakukan senaman tadi. Gementar kerana seseorang yang helok seperti Iqbal menegurnya. Azri amat terpegun dengan tulang rahang Iqbal yang sempurna. Sangat maskulin lagi-lagi dengan hidungnya yang mancung dan tajam. Mungkin ada darah campuran, puji Azri dalam hati.
"Terima kasih ye sebab ajar saya" Azri cuba untuk memecahkan gentar dirinya.
"No hal la beb. Lepas ni aku akan ajar lagi, you are my mentee now. Jangan risau aku tak ambil bayaran" Iqbal membalas sambil mengelap peluh di mukanya dengan menggunakan bajunya. Terselaklah dan menampakkan perutnya yang baru nak nampak otot 6packnya, tidak begitu pejal. Namun, bulu-bulu di sekitar perut dan dari bawah pusat sehingga ke seluar memberikan imej sensasi pada pemilik tubuh itu.
Azri tergamam kembali. 'Ah, kenapa aku perlu melihat keindahan seperti ini, dihadapan matanya dengan jarak hanya satu kaku' getus Azri. "okay, terima kasih lagi sekali ye sebab sudi nak ajar saya" balas Azri walaupun kedengaran kekok.
"Okay je, asalkan esok kau datang. Selalunya aku datang dalam pukul sembilan malam, itu pun kalau dah abes kerja dan tak perlu keluar dari kawasan Lembah Klang ni" ujar Iqbal. "marilah tukar nombor telefon, apa-apa nanti senang whatsapp" bilang Iqbal lagi.
Maka mereka pun bertukar-tukar nombor telefon. Jam sudah menunjukkan pukul 10.46 malam. Azri meminta diri terlebih dahulu. Iqbal menyatakan bahawa dia hendak melakukan beberapa senaman lagi sebelum pulang. Azri melihat sekitar gim, kelihatan agak ramai sudah dalam 12 orang. Mungkin orang mula bertandang sekitar jam 10 malam, bisiknya dalam hati.
Seusai di rumah setelah mandi, Azri menerima pesanan Whatsapp dari Iqbal. Hanya satu pesanan ringkas menyuruhnya berehat dan jumpa lagi esok. Azri membalas terima kasih sambil tersenyum. Tak sangka dia sudah mendapat kenalan walaupun kali pertama berkunjung ke gim. Dan ini merupakan kenalan pertamanya sejak sebulan menetap di Kota Damansara, selain dari rakan sekerja dan rakan serumahnya.
YOU ARE READING
AkanKu TungguMu (Complete)
RomanceAzri seorang lelaki skema yang baru sahaja hendak memulakan hidup di kota metropolitan. Selain untuk mencari pengalaman kerja, niatnya juga adalah hendak mengubah dirinya agar dapat mengejar cita-cita sebenarnya, menggapai kerjaya di awan biru. Iqba...