Setelah lebih tujuh bulan Azri berkenala ke sana-sini membelah awan biru sebagai seorang kru kabin bersama Dhalia Airways, akhirnya kali ini dia dapat ditugaskan dalam penerbangan ke kota London. Sememangnya pasti Azri begitu teruja kerana mendapat peluang menjejakkan kaki ke kota London secara khususnya dan benua Eropah amnya untuk kali pertama.
Sepanjang tujuh bulan baru bertugas ini, sudah beberapa destinasi di sekitar asia pasifik telah Azri tuju, membuatkan Azri semakin sebati dengan liku dunia penerbangan. Nampak sahaja senang dan mudah, namun penatnya tidak dapat nak diduga kadang kala. Almaklumlah, dengan jadual waktu kerja yang tidak menentu, ditambah dengan sindrom jet lag lagi, melayani perangai penumpang yang pelbagai lagi, itulah asam garam hidup seorang anak kapal.
Sambil merehatkan diri duduk di seat crew selepas berhempas pula mengatur dan menghulur makanan berserta senyuman pada setiap penumpang yang berjumlah 356 orang ke London itu, mulalah fikiran Azri melayang-layang, mengingati saat-saat lalu, terutamanya pada Iqbal, yang banyak sangat membantunya sehingga berjaya ke tahap ini.
Sudah enam bulan sejak kali terakhir mereka berdua bertemu, Azri sudah putus usaha untuk mencari di mana lagi perginya Iqbal. Pada mulanya, hatinya sangat runtun apabila Iqbal pergi tanpa meninggalkan sebarang ucapan akhir. Go, GO, GO.. Itulah kalimah terakhir Iqbal padanya.
Difikirkan pada masa itu dia masih mempunyai masa untuk membuat keputusan di mana hatinya sememangnya berpihak pada Iqbal, namun tetapi tidak sempat untuk Azri menjelaskan isi hatinya juga, Iqbal senyap menghilangkan diri.
Nasib baik runtun hatinya dipulihkan dengan kerjaya yang begitu sibuk. KLIA, hotel diluar negara dan bilik tidurnya, itulah dunianya kini. Gym pun sudah tidak dijejaki. Masa yang Azri ada di Malaysia banyak dihabiskan dengan merehatkan diri di bilik sahaja. Dia juga sudah berpindah ke Kota Warisan, tinggal bersama rakan-rakan krunya yang lain, lagi hampir dengan KLIA dan memudahkannya berulang.
Berkait dengan Ekhwan pula, walaupun Azri menolak pelawaan dari Ekhwan untuk membina semula hubungan antara hati dan hati, namun tiada kejanggalan antara mereka berdua. Kadang kala berselisih di KLIA, mereka akan minum dan makan bersama, dan ada juga sesekali ditugaskan bersama di awan biru. Mereka berdua sedar, mereka lebih sesuai menjadi rakan dan sahabat memandangkan perhubungan persahabatan mereka telah terjalin sejak sekolah rendah lagi. Bagi Azri, Ekhwan hanya crush zaman remajanya.
Sudah puas berkhayal, akhirnya fikiran Azri dikejutkan semula dengan sapaan rakan krunya yang mengajaknya untuk kembali ke runway untuk memungut bekas makanan yang digunakan oleh penumpang. Selepas itu, mereka akan berehat di cabin tidur memandangkan perjalanan ke Kota London masih lagi panjang.
Penerbangan DW47 KUL ke LHR telah mendarat di Lapangan Terbang Heathrow pada jam 8.20 waktu tempatan. Setelah selesai proses mengeluarkan menumpang, mengemas dan memeriksa kapal sebelum di serahkan pada anak kapal seterusnya, Azri bersama 12 rakan kru yang lain termasuk dua orang pilot menuju ke hotel yang disediakan oleh pihak syarikat. Mereka mempunyai dua malam untuk dihabiskan di kota London sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada pagi lusa.
Dan semestinya, sampai sahaja di hotel, mereka tidak merebahkan diri di atas katil, tapi terus tukar baju, turun bersarapan di café hotel dan memulakan aktiviti menjelajahi kota London. Azri yang pertama kali menjejakkan kaki sememangnya teruja. Dia hanya menuruti ke mana sahaja rakan-rakannya seramai 12 orang itu tuju.
Selain pergi ke monument-monumen kota London seperti London Bridge, Big Ben, dan Trafalgar Square untuk bergambar, mereka juga sempat menyinggah masuk ke dalam pusat beli-belah untuk membeli-belah. Azri sempat membeli sebotol minyak wangi Olympea by Paco Rabbane, harga lagi murah dari Malaysia walaupun dalam nilai pound sterling. Mereka juga menyelang-seli aktiviti dengan menikmati makanan di jalanan seperti ais krim, waffle, dan coklat.
YOU ARE READING
AkanKu TungguMu (Complete)
RomanceAzri seorang lelaki skema yang baru sahaja hendak memulakan hidup di kota metropolitan. Selain untuk mencari pengalaman kerja, niatnya juga adalah hendak mengubah dirinya agar dapat mengejar cita-cita sebenarnya, menggapai kerjaya di awan biru. Iqba...