Genap tiga bulan pembelajaran bakal kru kabin Dahlia Airways di akademi, maka tamatlah sudah sesi pembelajaran mereka semua. Kesemuanya berjaya melepasi peperiksaan akhir yang dijalankan dan harus kembali ke Kuala Lumpur serta merta kerana perlu terus berkhidmat di awan biru. Hanya sehari sahaja cuti rehat diberikan. Penerbangan DW 5024 PEN-KUL telah membawa kesemua 90 orang kru kabin tersebut dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang ke KLIA.
Hampir pukul 8 malam, barulah Azri sampai ke PPR Sri Selasih. Sungguh rindu dia akan biliknya di sini yang tiga bulan ditinggalkan. Hadi dan Kifli tiada dirumah kerana bekerja shift malam, sebelum maghrib tadi mereka sudah keluar pergi ke tempat kerja. Tidak sempat Azri hendak bersua muka dengan mereka melepaskan rindu. Iqbal juga tidak sempat untuk Azri bertemu pada malam itu kerana Iqbal pergi melawat adiknya di seremban. Namun, Iqbal sudah berjanji dengannya akan terus berjumpa dengannya esok setelah dia habis tugasan membaca berita pagi di Channel 5.
Lagipun Azri juga agak penat hari ini. Jadual yang padat. Pagi tadi mereka telah diberi taklimat terakhir dan destinasi pertama yang akan dituju sebagai kru kabin. Destinasi pertama Azri adalah Sydney, Australia. Ianya adalah kali pertama Azri akan keluar negara. Perasaan teruja bercampur gementar menyelubungi diri Azri sekarang. Tengah hari tadi pula mereka perlu mengemas barang dan bergegas ke Lapangan Terbang Penang.
Sampai sahaja di KLIA, dia mengambil ERL ke KL Sentral dan akhir sekali Grab ke PPR Selasih. Sungguh panjang perjalanan Azri hari ini, sungguh penat rasa dirinya. Belum lagi jadi kru, bagaimanalah nanti penatnya bila asyik terkejar-kejar hendak ke Lapangan terbang nanti. Beliau juga mempunyai sehari sahaja masa rehat iaitu keesokkan harinya. Jadi malam ini, perkara utama yang Azri hendak lakukan adalah tidur.
Pagi itu Azri tersedar apabila mentari sudah memancar ke biliknya daripada tingkap. Dengan muka yang mamai dan rasa mengantuk masih menghantui diri, Azri menggapai telefon pintarnya. Terbeliak mata Azri apabila melihat hampir pukul 11 pagi. Dilihat pula lebih kurang 23 panggilan telefon dari Iqbal yang tidak diangkat.
Malam tadi Azri terlupa hendak mengunci jam dan memastikan telefon bimbitnya bukan dalam mod senyap. Terus Azri menelefon Iqbal menceritakan perihal sebenar. Nasib baik Iqbal faham dan dia menyuruh Azri bersiap sementara Iqbal bergerak dari Studio Perdana mengambilnya di rumah.
Sesudah Iqbal mengambil Azri, mereka menuju ke Paradigm Mall untuk mengisi perut. Sampai sahaja di situ, kedai pilihan mereka adalah Chilis, Iqbal hendak makan steak katanya, Azri turutkan sahaja. Selepas memesan makanan, Iqbal memandang Azri dengan penuh senyuman, rindu sangat dia pada figura di hadapannya itu. Azri juga memandang Iqbal dengan mata yang penuh rasa rindu.
Baru sekarang Azri teringat yang dia terlupa hendak memeluk Iqbal di dalam kereta tadi, mungkin kerana terkocoh-kocoh bersiap. Hendak peluk sekarang, mereka berada di kawasan awam sudah.
"awak dah nampak kurus semula", tegur Iqbal pada Azri. Mahunya tak kurus, dengan menu makanan di akademi yang begitu terkawal, dan sepanjang tiga bulan itu dia tidak sempat melakukan sebarang senaman, pastu tubuh badannya kelihatan agak susut.
"busy sangat kat akademi tu" hanya itu yang mampu Azri balas.
"takpe, lepas ini, kita workout semula ya" ujar Iqbal. Makanan pesanan masing-masing telah pun sampai dan mereka makan dengan penuh selera. Satu hari itu di habiskan di Paradigm Mall dengan window shopping dan ke salon untuk menacap rambut masing-masing.
Petang itu, barulah Iqbal menghantar Azri pulang. Dia berjanji akan mengambil Azri di rumah dan menghantar ke KLIA esok. Sebelum keluar, Azri memeluk Iqbal seerat-eratnya. Iqbal turut membalas pelukan itu. Sedarlah bahawa mereka amat merindui satu sama lain. Selepas meleraikan pelukan, Iqbal mengucup pipi Azri. Azri tergamam. Iqbal tersenyum, meminta Azri untuk berehat, dan jumpa lagi esok.
Seperti yang dijanjikan, tengah hari itu, Iqbal mengambil Azri di rumah untuk di hantar ke KLIA. Hari ini adalah hari pertama Azri bekerja sebagai pramugara dan destinasi pertama tugasannya adalah Sydney, Australia. Tidak sangka tugasan pertama sudah dihantar agak jauh atau disebut sebagai 'long haul journey'. Azri menjangkakan untuk permulaan, hanya destinasi domestik sahaja akan diberikan, nah rupanya terus ke bumi kangaroo.
Di sana nanti, Azri akan bermalam selama semalam dan kemudiannya berkhidmat pula dengan penerbangan seterusnya pulang ke tanah air. Pulang sahaja ke tanah air nanti, dia akan diberikan satu malam rehat dan kemudiannya berkhidmat pula ke Hong Kong secara 'day trip' atau 'short haul journey'.
Sehari selepas itu barulah Azri akan melakukan khidmat di penerbangan domestic secara 'short haul journey' iaitu ke Kuching dan kemudiannya Kuantan, empat sektor dalam satu hari. Itulah serba sedikit jadual Azri sebagai kabin kru. Agak tidak teratur dan ikut nasib akan pergi terbang ke mana, semuanya bergantung pada duty roster yang akan diterima secara mingguan.
Azri telebih dahulu tunggu di bawah sementara Iqbal sampai. Teruja rasanya hendak memulakan tugasan. Sampai sahaja Iqbal, Azri meletakkan bagasinya di bonet dan kemudiannya masuk ke dalam kereta. Iqbal tersenyum melihat Azri yang dibaluti dengan uniform kabin kru Dahlia Airways berwarna ungu muda.
Begitu segak Azri dalam pakaian itu. Sepanjang perjalanan, pelbagai perkara dibualkan mereka. Tidak cukup semalam bertemu melepaskan rindu, dalam kereta menuju ke KLIA pon masih betah mulut masing-masing berbicara.
Sampai sahaja di KLIA, Iqbal memberhentikan kereta persona birunya di level perlepasan. Sebelum Azri keluar, Iqbal menarik muka Azri dan sekali lagi memberi satu kucupan di pipinya. Kali ini, Azri turut membalasnya dengan mengucup pipi Iqbal.
Kemudian masing-masing ketawa atas perlakukan masing-masing sambil dahi bersentuhan antara satu sama lain. Seusia Azri mengambil bagasinya di bonet, Iqbal memberikan flying kiss pada Azri sebelum meluncur pulang meninggalkan KLIA.
Melangkah masuk ke KLIA, Azri menuju ke bilik operasi Dahlia Airways di situ. Dia perlu sign in terlebih dahulu menandakan bahawa dia sudah berada di KLIA untuk bertugas. Ketika itu, Azri terlupa untuk menyemak rakan setugasnya dalam penerbangan tersebut.
Tidak mengapalah, nanti di gate boleh juga bertemu dengan mereka, bisik hati Azri. Kemudiannya barulah dia melepasi immigresen untuk mengesahkan passport. Kelebihan kru, terdapat laluan Immigresen khas untuk mereka di lapangan terbang. Akhirnya Azri menaiki aerotrain untuk menuju ke gate perlepasan.
Penerbangan Dahlia Airways ke Sydney ini menggunakan pesawat Airbus 330 neo yang boleh memuatkan lebih dari 300 orang penumpang. Terdapat 10 orang anak kapal yang akan bertugas iaitu seorang kapten penerbangan, seorang pilot pembantu, seorang purser ataupun ketua kru kabin dan tujuh orang lagi adalah kru kabin.
Azri akan bersama mereka semua ini selama tiga hari, dari pergi ke Sydney, bermalam di sana dan pulang semula ke Kuala Lumpur . Sampai di gate, kelihatan empat orang kru kabin telah pun berada di situ.
Azri menuju ke mereka. Belum sempat Azri menghampiri mereka untuk bertegur dan bersalaman, langkah kaki Azri terhenti. Dia seperti dapat mengecam satu susuk tubuh badan yang juga berada di situ. Turut berpakaian sepertinya, maknanya mereka akan bertugas bersama-sama.
Azri tidak pasti adakah penglihatannya benar, atau bukan. Mungkin pelanduk dua serupa. Namun dia seakan pasti mengenali insan itu. Setapak demi setapak Azri menghampiri rakan-rakan sejawatnya yang turut ada insan tersebut. Dan akhirnya kesemuanya menoleh memandang Azri, termasuk susuk tubuh tersebut yang mendongak kepala melihat Azri yang berdiri tegak. Mata mereka berpandangan. Ya, Azri tergamam. Insan yang berada di hadapannya kini adalah insan yang amat dirinduinya selama ini, sudah enam tahun tidak bertemu, tapi raut wajah itu masih dapat diamati. Rasa teruja, gementar Azri terus hilang. Yang wujud kini sesuatu rasa yang tidak pasti apabila melihat insan tersebut. EKHWAN FARHAN BIN FIRDAUS.
Bersambung...
** sila like ye pembaca sekalian 😘 nak komen pon boleh 🤗
Terima kasih~~
YOU ARE READING
AkanKu TungguMu (Complete)
RomanceAzri seorang lelaki skema yang baru sahaja hendak memulakan hidup di kota metropolitan. Selain untuk mencari pengalaman kerja, niatnya juga adalah hendak mengubah dirinya agar dapat mengejar cita-cita sebenarnya, menggapai kerjaya di awan biru. Iqba...