Kelibat manusia di One Utama agak ramai. Kelihatan sesak dengan hirup pikuk manusia keluar masuk kedai. Ada yang seorang, ada yang berdua dan ada yang berkumpulan. Sememangnya orang awam lebih gemar memilih hujung minggu dengan berkunjung ke pusat beli belah. Azri dari tadi mengekor Iqbal. Tidak tahu ke mana arah tujunya. Sejak dari tadi, mereka tiba-tiba menjadi janggal, atau lebih tepat dari pihak Azri setelah tergamam dengan perlakuan Iqbal di spa tadi.
Berjalan beriringan dengan Iqbal seperti berjalan dengan seorang selebriti. Ada sahaja mata yang memandangnya. Mungkin dirinya telah dikenali setelah kes yang berlaku menyebabkan dia menjadi lebih popular. Iqbal hanya beraksi biasa dan melempar senyuman jika ada yang tersenyum padanya. Azri pula merasa kekok.
"kenapa senyap je dari tadi ni" ujar Iqbal memulakan bicara sambil mereka berjalan. Azri masih tidak tahu ke mana hendak di tuju Iqbal.
"takde apa la awak. Penat kot"
"eh, dah berurut semua tu, boleh penat pula"
Azri tergamam. Sebenarnya jawapan penat itu hanya kata mulutnya sahaja setelah tidak tahu hendak membalas apabila ditanya kenapa senyap.
"kalau penat, kita balik la eh" sambung lagi Iqbal.
"eh, takde takde. Tadi saya saje je cakap penat. Sebab tak tahu nak balas apa. Kita nak ke mana ni" balas Azri terus terang.
"dah kenapa awak ni? Tiba-tiba ke janggal. Awak tak selesa ke dengan saya?" soal Iqbal.
Aduh, Azri mati kutu hendak membalas.
"takde apa la Iqbal. Kita nak ke mana ni?" soal Azri lagi sekali.
"kita nak ke sini" balas Iqbal sambil menuju ke sebuah kedai cermin mata.
"awak dah rabun ke? Nak buat spek mata ke" soal Azri tatkala mereka masuk ke kedai tersebut.
"bukan. Bukan saya. Tapi awak" ujar Iqbal.
"saya?"
"yup, awak"
"tapi saya xde pon nak buat spek mata baharu"
"bukan nak buat spek mata baru, tapi ....." bilang Iqbal lalu menarik spek mata Azri dari mukanya. Mata Iqbal memandang tepat ke mata Azri. Azri merasakan getaran yang tidak tahu hendak dikatakan. Terasa gugup. Gugup dari spa tadi pun masih belum hilang. Hendaknya memalingkan muka ke arah lain, takut pula Iqbal terasa hati.
"hah, kan kacak ni bila awak tak pakai spek" puji Iqbal.
"cuba tengok muka awak kat cermin tu, handsome kan" sambung Iqbal sambil memegang dagu Azri memusingkan mukanya ke arah cermin. Azri hanya mampu tersenyum.
"so, mulai sekarang awak kena pakai contact lens"
"contact lens"
"yup. Contact lens. Tak payah pakai spek dah. Barulah nampak handsome. Bukan sahaja di mata saya, tapi mata orang lain juga"
Iqbal tersenyum ketika mengujarkan katanya. Azri terasa keikhlasan kata-kata Iqbal itu. Apa yang Azri mampu dari tadi, hanyalah tersenyum semula pada Iqbal.
Setelah melakukan semula ujian mata untuk menentukan nilai terkini tahap kerabunan Azri, baharulah Azri mencuba untuk memakai kanta lekap. Kanta lekap tidak berwarna dicadangkan oleh Iqbal supaya mata Azri kelihatan natural dan tidak fake. Permulaan agak sukar untuk Azri memasukkan kanta lekap ke matanya. Mungkin tidak biasa. Setelah beberapa kali barulah berjaya. Terkebil-kebil mata Azri kerana tidak selesa. Merasakan seperti ada habuk atau bulu mata yang gugur ke dalam matanya.
"okay tak" tanya Azri pada Iqbal.
"okay. Sangat okay. Handsome" puji Iqbal.
"ish, awak ni tak habis-habis" Azri dah merah muka malu.
YOU ARE READING
AkanKu TungguMu (Complete)
RomanceAzri seorang lelaki skema yang baru sahaja hendak memulakan hidup di kota metropolitan. Selain untuk mencari pengalaman kerja, niatnya juga adalah hendak mengubah dirinya agar dapat mengejar cita-cita sebenarnya, menggapai kerjaya di awan biru. Iqba...