BAB 4

3K 93 1
                                    


Sudah hampir sebulan Azri berguru dengan Iqbal. Bermula dengan teknik senaman, sehingga kepada cara permakanan dan makanan tambahan yang diperlukan. Azri pun sudah turut mengamalkan mass gainer, satu minuman tambahan yang boleh menaikkan jisim badan. Kata Iqbal, orang yang kurus macam Azri lebih baik amalkan dahulu mass gainer, selepas jisim badan dah naik, barulah beralih ke minuman whey protein.



Teknik senaman juga sudah pelbagai dipelajarinya. Memantapkan otot lengan, bahu, dada, belakang dan kaki, semuanya dipelajari bersama Iqbal. Hampir setiap malam mereka bertemu, walau kadang kala Iqbal agak lambat bertandang ke gim, mungkin kerana kesibukan kerjanya. Apa kerjaya Iqbal, tidak pula Azri tahu. Tidak pernah dia bertanya. Tetapi Iqbal banyak bertanya mengenai diri Azri, dari asal usul kampung halaman iaitu Perak, kerjayanya di syarikat hiasan dalaman yang baru bermula dua bulan, umur, latar belakang pendidikan, semuanya ditanyakan oleh Iqbal. Barang kali hendak memecahkan kesunyian sambil mereka bersenam.



Azri juga tidak mahu nampak teruja lebih walaupun Iqbal seolah-olah mahu mengenalinya dengan lebih dekat. Mungkin kerana keyakinan dirinya masih belum kuat, lagi-lagi terhadap insan seperti Iqbal. Nanti kalau hati dah mula terpaut, lagilah susah pula. Risau juga dia yang perasan lebih sahaja. Iqbal pula mungkin hanya menganggapnya sebagai seorang rakan.



Tubuh Azri juga sudah menunjukkan peningkatan. Walaupun tidak begitu ketara, namun tetap boleh dibanggakan. Rakan sekerjanya sudah mulai perasan perubahan tubuhnya. Alya mengusiknya dengan memanggilnya adik skema sado. Lagi-lagi ketika mereka makan tengah hari, Azri begitu prihatin dengan apa yang hendak dimakannya. Kurang manis, kurang lemak, kurang garam, air pon air suam sahaja. Sememangnya keletahnya menjadi usikan Alya dan Zainal. Alya dan Zainal pula telah mengikat tali pertunangan. Katanya tahun hadapan akan berlangsung majlis perkahwinan.

Azri berasa seronok bekerja dengan mereka. Walaupun Azri hanya seorang pembantu tadbir, manakala Alya dan Zainal merupakan pereka bentuk dalaman, namun mereka tidak pernah memandang rendah pada Azri malahan menganggapnya sebagai adik. Encik Hanif pula telah mengesahkan pekerjaan Azri walaupun baru dua bulan bekerja dan menaikkan gajinya. Ternyata rezeki Azri memang murah dalam Syarikat Aevin Sdn Bhd.



Di rumah pula, walaupun jarang berborak panjang dengan Kifli dan Hadi kerana waktu pekerjaan shift mereka, namun apabila bersua muka mereka pasti bertegur sapa. Azri yang sudah berani tidak memakai baju menampakkan otot dada dan lengannya yang mulai pejal. Lantaran itu sering menajdi usikan Kifli yang hendak mencanda dengannya. Kifli juga kadang kala berseloroh memberi amaran pada Hadi agar tidak jatuh hati pada Azri.



Seperti malam kebiasaannya, Azri pergi ke gim untuk bersenam. Dilihatnya Iqbal tengah menggunakan alat senaman bahu. Azri menghampirinya lalu menegurnya.



"Awal datang hari ini" sapa Azri.



"Eh Azri, hahah. Hari ini habis kerja awal itu yang aku datang awal tu" ujar Iqbal penuh girang. Sememangnya Iqbal nampak mudah mesra orangnya. "Hari ini kita buat bahu ye" sambung Iqbal lalu bangun memberikan tempat alatan senaman itu pada Azri.

Walaupun Azri sudah tahu menggunakan setiap alatan di gim tersebut, mereka masih lagi bersenam bersama-sama. Pasangan bersenam katanya kerana terdapat senaman yang memerlukan sokongan antara satu sama lain.



"Iqbal, lepas ni awak buat apa" Tanya Azri.



"Balik la kot, berehat. Kenapa" soal Iqbal.



"Jom lepak makan mana-mana, saya belanja" ujar Azri. "lagipun esok Sabtu kan cuti" sambungnya lagi.



"oh, okay boleh je tapi jangan lama sangat, sebab sebenarnya aku kerja pagi esok" balas Iqbal.

"oh yeke?" soal Azri. Tidak tahu pula dia Iqbal kerja juga esok rupanya. Azri fikirkan Iqbal berkerja hari isnin hingga jumaat seperti dirinya.



"Yup, ok takpe. Kita stop jela senaman malam ni. Jom lepak makan. Nak belanja apa" ujar Iqbal.



"Tak kisah ke makan kat mana-mana?" soal Azri.



"Okay je kot" balas Iqbal.



Mereka pon bergerak keluar dari gim tersebut dan menuju ke kereta Iqbal. Proton Persona warna biru. Dalamannya dihias agar kelihatan lebih sporty. Inilah kali pertama Azri menaiki kereta Iqbal. Azri mengajaknya makan di kedai kegemarannya, yang pernah dia belanja Kifli dan Hadi sebelum ini.



Seusai sampai di sana, Iqbal teruja melihat menu kedai tersebut. Katanya sudah lama dia tidak makan makanan berat dan berkalori. Mungkin kerana hendak menjaga badannya. Namun malam ini, Iqbal seolah-olah membalas dendam, begitu juga dengan Azri. Mereka memesan kari hijau ayam, tomyam daging, telur bungkus, sayur campur dan air buah masing-masing. Ya, pasti ada nasi sekali.

Berselera mereka makan terutamanya Iqbal. Memang benar, sudah lama dia tidak merasakan makanan seperti ini, lagi-lagi warung di tepian jalan. Sekali sekala langgar pantang, apa salahnya.



Selepas masing-masing sendat kekenyangan, Iqbal mengambil gambar swafoto bersama Azri. Hendak diletakkan di Instagram Story katanya. Iqbal bertanyakan pada Azri nama instagramnya namun Azri menyatakan bahawa dia tiada akaun instagram. Tidak dapatlah Iqbal hendak tag nama Azri untuk mengucapkan terima kasih kerana membelanjanya.

Puas sungguh Iqbal menjamu selera malam itu. Seolah-olah terlupa bahawa dia ada tugasan besar menanti keesokkan paginya.


AkanKu TungguMu (Complete)Where stories live. Discover now