Pagi ini Azri bangun agak lewat, hampir pukul 1 petang. Pulang sahaja dari rumah Iqbal malam tadi, jiwanya diselubungi lara, memikirkan semua yang telah terjadi. Ikutkan rasa fikiran, memang mahu sahaja dia menerima Ekhwan sebagai pasangan hidupnya, namun bila bertanya pada hati, dia merasakan tidak kuat untuk menerimanya, dan hatinya asyik terfikirkan pada Iqbal sahaja.
Hari ini pun begitu jua, celik sahaja mata dari tidurnya, dan melihat jam di telefon pintarnya hampir pukul 1 petang, Azri kembali termenung memandang siling. Lama juga dia tidur. Dah la penat bekerja terbang ke sana sini, ditambah penat lagi terlibat dalam drama semalam, puas sudah berendam air mata sampai bila tidur pon tidak sedar. Dari telefon pintarnya juga, dilihat ada beberapa panggilan dari Ekhwan dari pagi tadi yang tidak dijawap.
Azri keliru. Memikirkannya. Kedua-dua insan itu bermakna dalam hidupnya. Ekhwan dan Iqbal. Ekhwan adalah cinta pertamanya, ketika di bangku sekolah. Pernah mereka terpisah dan kini bertemu kembali, lantaran itu akhirnya Ekhwan meminta agar mereka bersama. Iqbal seorang yang bersama dengannya dari dia mula tinggal di Kota Damansara ini. Terlalu banyak membantunya, dari mula perkenalan di gim, sehinggalah dia berjaya menggapai kerjaya di awan biru. Semuanya atas dorongan Iqbal, Iqbal lah yang bersama dengannya sentiasa. Iqbal turut melahirkan perasaan sayangnya pada Azri malam tadi, walaupun sanggup melepaskan Azri bersama Ekhwan.
Peristiwa semalam juga bermain di mindanya. Pelawaan Ekhwan untuk hidup bersama, sentuhan berahi Iqbal sebelum dianya sedar dan menyuruh Azri keluar pergi mendapatkan Ekhwan. Semuanya bermain di fikiran bercampur aduk.
Azri bangun dari pembaringannya, duduk di birai katilnya, menarik nafas mengumpul kekuatan. Apa pun, dia sudah lapar, lebih baik dia mengisi perutnya dahulu lalu berdiri dan mencapai tualanya seterusnya menuju ke bilik air.
Di kedai mamak berseberangan PPR Sri Selasih, Azri hanya memesan mee goreng mamak. Sambil menunggu pesanannya sampai, dia membelek kembali telefonnya. Seperti tadi ada panggilan tidak berjawap dari Ekhwan, dan juga whatsapp dari Ekhwan yang bertanyakan khabarannya, setelah Azri meninggalkan Ekhwan begitu sahaja di KLIA. Namun, tiada sebarang panggilan mahupun whatsapp dari Iqbal, tidak seperti sebelum ini.
Azri merasa kecewa apabila memikirkan tiada sebarang panggilan mahupun whatsapp dari Iqbal, dia mengeluh kecil. Lantaran itu dia berfikir kenapa panggilan dan whatsapp dari Iqbal yang diharapkannya. Setelah diterjah dengan beberapa jawapan atas pemikirannya itu, Azri mulai sedar apa yang harus dilakukannya. Lalu dia menghubungi Ekhwan untuk berjumpa. Azri seakan pasti pada keputusannya kini.
Ekhwan tiba bertemu dengan Azri kira-kira jam 4 petang, di sebuah café berdekatan dengan PPR Sri Selasih. Seusai menerima minuman yang di pesan, akhirnya mereka memulakan bicara yang sedari tadi senyap tanpa sebarang butir kata.
"U ok ke ni Azri?" tanya Ekhwan memandang Azri yang sedang merenung keluar.
"oh, ok je" tutur Azri sambil menoleh melihat Ekhwan.
"Ekhwan" panggil Azri sambil memandang Ekhwan yang sedang menyisip minumannya.
"ya" sahut Ekhwan.
"terima kasih ye atas semalam, awak propose saya" ujar Azri sambil tersenyum. Ekhwan turut tersenyum melihat senyuman Azri.
"Sama-sama" balas Ekhwan tersenyum, ternampak riak gembira di wajahnya.
"Saya tidak boleh terimanya" tutur Azri pantas. "Sorry" sambungnya lalu memandang ke bawah ke arah minumannya. Senyuman di bibir Ekhwan turut hilang. Keadaan menjadi kaku terus. Kekok, senyap, sehinggakan bunyi tiupan angin pun seakan terhenti.
Azri cuba menahan sebak di dada, air matanya mulai bergenang. Tidak utuh untuknya memandang wajah Ekhwan. Ekhwan pula memandang ke arah luar café, seolah-olah memohon kekuatan dari tutur kata Azri, yang menolak permintaan cintanya.
YOU ARE READING
AkanKu TungguMu (Complete)
RomanceAzri seorang lelaki skema yang baru sahaja hendak memulakan hidup di kota metropolitan. Selain untuk mencari pengalaman kerja, niatnya juga adalah hendak mengubah dirinya agar dapat mengejar cita-cita sebenarnya, menggapai kerjaya di awan biru. Iqba...