BAB 12

2.5K 94 16
                                    

Pagi-pagi Ahad lagi Iqbal sudah whatsapp Azri mengingatkan bahawa dia akan mengambil Azri di rumah pada jam 9.30 pagi nanti. Sementara itu, Azri menatap dirinya di cermin. Dia masih terkesima melihat dirinya sendiri, dengan rambut perang gelap, kulit muka lebih bersinar, dan yang pasti tubuhnya yang sudah sedia kekar, hasil pergi ke gym saban hari. 

Bila mengingatkan keadaan dirinya sebelum ini dan beberapa bulan yang lalu ketika mula-mula datang ke kota metropolitan ini untuk bekerja, yang kurus tinggi, dengan rambut tersisir rapi ke tepi, serta berkaca mata bingkai tebal, gelaran mat skema sangat sesuai dengan dirinya. Kini, dengan segala perubahan atas bantuan Iqbal, yang melatih dirinya di gym dan meng'makeover'nya semalam, sekarang dirinya telah berbeza.

Seperti biasa, Azri kembali memasang angan-angan. Hendak mengejar impiannya berkhidmat di awan biru. Dilihat kembali iklan panggilan temuduga terbuka pramugara Dahlia Airways yang telah di 'screenshot'nya. Temuduga tersebut hari khamis nanti, lagi beberapa hari lagi. Azri pasti akan cuba temuduga tersebut untuk kali pertama, maknanya dia harus meminta cuti pada hari tersebut. Sambil itu, Azri memikirkan apakah reaksi rakan-rakan sekerjanya di Aevin Sdn. Bhd. Pasti Zainal, Alya dan bossnya Encik Hanif terkejut melihat penampilan terkininya. 'eh, kenapa nak tunggu reaksi dorang, baik tunjuk kat Kifli dan Hadi sekarang'. 

Lantas Azri pun keluar dari biliknya. Dilihat ruang tamu senyap sunyi. Pasti Kifli dan Hadi masih diulit mimpi. Azri menuju ke dapur, melihat apa yang boleh disediakan buat sarapan. Namun hampa bila melihatkan hanya biskut kering sahaja. Baiklah Azri turun ke bawah membeli sarapan. Maka dia pergi ke biliknya mengambil dompet dan telefon bimbitnya. Azri masih memakai kaca matanya kerana malas hendak memakai kanta lekap tatkala hari masih awal. Dalam perjalanan turun ke bawah, dia whatsapp Kifli menyatakan dia keluar membeli sarapan supaya Kifli atau Hadi tidak turut membeli sarapan yang lain.

Di gerai sarapan, makcik gerai itu memang terkejut tengok Azri. terutamanya rambut Azri yang dah ala-ala kpop. seusai membeli tiga bungkus nasi lemak dan beberapa jenis kuih-muih, Azri kembali ke atas. Melangkah sahaja Azri masuk ke dalam rumah, masa itu juga Kifli melangkah keluar dari biliknya dengan muka mamainya. Azri cepat-cepat menanggalkan kaca matanya dan memberi salam. 

Belum sempat Kifli menjawap salam, ayat pertama keluar dari mulut Kifli apabila melihat Azri..

"Eh ko sape, tetiba masuk rumah aku ni?"teriak Kifli.

"kalau ye pon jawaplah salam tu dulu" balas Azri.

"waalaikummusalam. sape ko, macam mana ko ada dalam rumah aku ni?"Kilfi bernada tinggi.

"ni aku la Azri. aku kan tinggal sini?" seloroh Azri sambil memegang badan Kifli.

"what" teriak Kifli sambil menggosok matanya. 

"apa bising-bising pagi ni" getus Hadi yang turut keluar dari bilik. "sape ni?" sambungnya lagi.

"korang ni, ni aku la Azri. dah jom makan nasi lemak ni aku beli" balas Azri.

"wow, what happened to my friend?" Kifli merapati Azri lalu meraba-raba muka dan rambut Azri. "dah pandai dye rambut eh sekarang, tak takut kena hambat dengan mak ko kat kampung ke?" sambung Kifli.

"haha, mana pergi mat skema dulu ni. dah jadi mat korea ke?" Hadi pula mencucuk.

Pagi mereka bertiga berisi dengan ceritera Azri apa yang berlaku semalam sambil menikmati nasi lemak berlauk yang dibeli Azri. Walau tidak seperinci sehingga menceritakan Iqbal selamba berbogel depannya, namun tahulah Kifli dan hadi punca kepada transisi Azri. Azri juga menyatakan niatnya untuk mencuba temuduga Dahlia Airways dan Kifli serta Hadi memberi sokongan penuh pada Azri untuk mengejar impiannya.

.......................................................................

Setelah masuk ke dalam kereta, Iqbal memandu membawa Azri menuju ke Studio Perdana, nama bangunan beroperasinya Channel 5, siaran terkemuka tanah air. ini adalah kali pertama Azri melangkah ke Studio Perdana. Terpesona seketika beliau dengan kesibukan di dalamnya. Iqbal membawa Azri melawat beberapa bahagian seperti ruang bilik berita, studio hiburan, serta lokasi pejabat mengikut unit Channel 5. Sepanjang itu, kebanyakan pekerja yang berselisih dengan mereka mengucapkan tahniah pada Iqbal. Bila Azri tanya, Iqbal menyatakan akan menceritakan kemudian. Terdapat juga beberapa muka yang Azri cam kerana sering menjadi penghias Channel 5.

AkanKu TungguMu (Complete)Where stories live. Discover now