Pagi itu seusai solat subuh, Azri turun ke tingkat bawah rumah Iqbal untuk melihat apa yang boleh dibuatnya sebagai sarapan mereka berdua. Hampa apabila dia melihat tiada apa di dalam peti sejuk dan juga dapur. Hanya deretan botol sos dan jem, serta susu protein Iqbal. Iqbal tinggal sorang-sorang ke? Fikir Azri lalu menuju ke ruang tamu.
Di ruang tamu rumah itu kelihatan beberapa gambar keluarga Iqbal. Dari pengamatan, ibu bapa Iqbal seorang berkerjaya tinggi kerana terdapat beberapa gambar ibu dan bapanya menerima penghargaan daripada pihak tertinggi. Di lihat lagi ada gambar Iqbal dan adik beradiknya. Tiga orang kesemuanya. Iqbal yang sulung, kedua lelaki kelihatan sekolah menengah dan ketiga perempuan kelihatan masih sekolah rendah. Mana mereka semua ini? Takkan Iqbal tinggal seorang je dalam rumah ini? Soal lagi Azri di hati.
Apa yang mengejutkan lagi Azri apabila melihat keadaan fizikal Iqbal dalam gambar itu. Gemuk, begitu gemuk. Bukan berisi sikit-sikit, tapi memang gemuk. Berbeza dengan pernampilannya sekarang. Pipi pun sangat bulat dan tiada tulang rahang seperti sekarang. Cuma kulit cerah bersih dari dahulu lagi. Hanya mata dan kening sahaja cukup untuk menyatakan itu adalah Iqbal. Memang Iqbal seorang yang gigih berusaha mengubah pernampilannya dari seorang yang gemuk menjadi begitu menarik seperti sekarang. Sesuai dengan kerjayanya sebagai wartawan penyiaran.
Tanpa berfikir panjang baiklah Azri menempah sarapan daripada aplikasi penghantaran pesanan makanan. Azri naik semula ke tingkat atas masuk ke bilik Iqbal untuk mengambil telefon bimbitnya. Dilihat Iqbal masih lagi lena. Dletakkan tapak tangannya ke dahi Iqbal, merasa suhu yang tidak lagi panas. Sudah kebah barangkali demam Iqbal. Setelah menempah Azri turun lagi ke dapur untuk membuat minuman. Nasib baik ada bekalan milo di dapur itu.
Sementara menunggu pesanan makanan sampai, Azri duduk di ruang tamu bermain telefon bimbitnya. Tidak lama kemudian dilihatnya Iqbal sudah turun ke bawah, hanya memakai seluar pendek. Tergamam Azri, sungguh seksi Iqbal. Dah baik demam terus hendak menyeksi di hadapannya. Dah boleh move on kot dengan apa berlaku semalam. Adakah Iqbal hendak menggodanya dengan berkeadaan sedemikian? Ujar Azri dalam hati. Ahh, mungkin ini adalah kebiasaan Iqbal di rumah, getus Azri mematikan angan-angannya.
“Selamat pagi” sapa Iqbal lalu menuju ke Azri.
“Selamat pagi, dah baik ke demam?” soal Azri. Iqbal baring dengan kepalanya berbantalkan peha Azri seperti semalam. Iqbal menarik tangan Azri dan meletakkannya di dahi, seolah-olah hendak menyatakan yang dia sudah sihat. Entah kenapa, Iqbal kelihatan manja sekali. Tangannya masih digenggam Iqbal. Masing-masing diam sehingga loceng pagar berbunyi menandakan makanan dipesan Azri telah pun sampai.
“Siapa pula datang pagi-pagi ni?” soal Iqbal.
“Budak hantar makanan kot, saya pesan sarapan tadi. Untuk awak saya pesan bubur nasi” ulas Azri bangun untuk keluar rumah mengambil makanan tersebut.
Mereka bersarapan di ruang tamu itu sahaja, berselera Iqbal menikmati bubur nasi itu. Sesekali dicurinya sesudu dua nasi lemak Azri. Kelaparan barangkali kerana semalam dia tidak menjamah sebarang makanan, hanya mengambil ubat.
“Awak tinggal seorang ke? Mana keluarga awak?” soal Azri tatkala masing-masing menjamu sarapan.
“Mak ayah saya stay kat London sekarang, kerja sana dengan lembaga Tourism Malaysia, adik perempuan saya ikut sekali. Adik lelaki saya pula boarding school di Seremban” ujar Iqbal. Entah kenapa pagi ini Iqbal membahasakan dirinya saya, bukan aku seperti kebiasaannya.
“berbeza betul awak yang dulu dengan yang sekarang” ujar lagi Azri.
“hehe, yup. Kalau saya gemuk macam dulu, mesti awak pun tak tertarik dengan saya” balas Iqbal, berseloroh.
“macam lah sekarang ini saya tertarik dengan awak” getus Azri.
“oh tak ke? Kalau tak takpelah” balas Iqbal hampa. Serba salah pula Azri.
“Tapi saya sentiasa tertarik kat awak” sambung Iqbal membuatkan Azri muka azri merah padma. Mereka meneruskan makan tanpa berbicara, keadaan terasa janggal tiba-tiba.
Selepas bersarapan, Azri memohon diri untuk pulang. Tidak sanggup dia berlama-lama di rumah itu, dengan Iqbal yang seksi berseluar pendek, ditambah lagi dengan perangainya yang tidak semena-mena manja, penangan peristiwa semalam agaknya.
Sebelum pulang, Iqbal menarik Azri dan memeluknya. Azri cuba untuk membalas pelukan itu walaupun kekok. Dengan keadaan Iqbal tidak berbaju itu, siapa sahaja yang tidak tergamam apabila diperlakukan sedemikian.
Iqbal mengucapkan terima kasih dan Azri berlalu ke pagar bila grab telah sampai. Iqbal membuat isyarat telefonnya apabila telah sampai ke rumah.
** ada ke yang baca naskah saya ni hahaha, even sendu saya cuba juga untuk kembangkan lagi plot cerita dan habiskan hahaha...
YOU ARE READING
AkanKu TungguMu (Complete)
RomanceAzri seorang lelaki skema yang baru sahaja hendak memulakan hidup di kota metropolitan. Selain untuk mencari pengalaman kerja, niatnya juga adalah hendak mengubah dirinya agar dapat mengejar cita-cita sebenarnya, menggapai kerjaya di awan biru. Iqba...