Malam semakin larut, waktu menghampiri pukul 11 malam. Hampir dua jam Azri dan Iqbal bergandingan melakukan senaman latihan beban di gym kebiasaan yang mereka kunjungi. Peluh membasahi pakaian masing-masing. Sudah tiba masa untuk mereka berhenti dan merehatkan diri.
Azri dan Iqbal masing-masing mula mengemaskan barang dan keluar dari gim tersebut. Gim tersebut yang berstandard biasa tidak seperti gim-gim mewah yang memiliki bilik persalinan dan bilik mandian. Bersesuaianlah dengan harga yuran bulanan yang serendah rm50. Selepas menuruni tangga, mereka duduk bertenggek dahulu di tepi longkang di bawah, berhadapan kedai serbaneka 24 jam untuk melepaskan lelah yang terkumpul sambil menikmati minuman protein tambahan.
Sambil itu, Iqbal mengusik Azri dengan mencucuk lengan Azri yang semakin kerata berototnya. Dada Azri apatah lagi, sememangnya kelihatan bidang. Tubuh Azri yang telah bertransformasi dari seorang yang kurus-kering menjadi tegap dan kedap juga sering menjadi usikan teman serumah dan sekerjanya. Cuma penampilan Azri, masih kekal skema, dengan rambut tersisir rapi ke tepi, berkaca mata bingkai tebal dan besar. Cuma rahang muka Azri mulai kelihatan dan pipinya berisi membuatkan wajah Azri turut mulai berubah seiring dengan perubahan tubuh badannya.
Masing-masing menyedut minuman mereka sedikit demi sedikit, di tepi longkang menikmati kereta lalu lalang di jalan seberang, bertemankan rembulan yang mengambang separuh. Azri asyik mengerling ke arah Iqbal, seolah-olah memberi amaran untuk menghentikan perbuatan Iqbal yang asyik mencucuk-cucuk otot tubuhnya. Sejenak itu Azri terfikir kenapa Iqbal pergi ke gim murah ini. Dia sudah mengetahui bahawa Iqbal berasal dari keluarga yang boleh tahan mewah dan Iqbal juga mempunyai kerjaya yang bersektorkan penyiaran, malahan makin popular sejak kes muntahnya tular. Sepatutnya insan seperti Iqbal pergi ke gim mewah yang berhawa dingin dan mempunyai fasiliti yang lebih lengkap dan mengujakan.
"Iqbal, stop it please" getus Azri.
"wow, speaking sekarang adik skema kita" sambil memicit kuat lengan Azri untuk kali terakhir.
"Iqbal"
"yup"
"Kenapa ko datang kt gim macam ni eh" soal Azri.
"kenapa? Tak boleh ke aku datang gim ni" soal Iqbal kembali.
"bukan. Sebab orang macam ko ni patut pergi gim yang mahal-mahal tu, ada aircond, bilik mandi, sauna" ujar Azri sambil menyebut nama-nama gim mewah yang sering menjadi kunjungan mereka yang lebih banyak menghabiskan masa berswafoto di hadapan cermin memegang alatan atau di hadapan cermin bilik persalinan pakaian.
"oh, mula-mula dulu aku pergi gim macam tu, zaman aku gemuk dulu" terang Iqbal.
"lepas tu?" Tanya lagi Azri, mahukan cerita lebih lanjut. Sebaiklah esok hari sabtu, bolehlah Azri melepak lebih lama malam itu. Iqbal tidak tahulah, tidak pula terkejar untuk pulang, berbanding hari selalunya.
"kenapa nak tahu ni" soal Iqbal sambil mengukirkan senyuman. Jarang Azri nak selidik mengenai dia. Nasib baiklah dia tiada tugasan esok pagi, jadi bolehlah duduk melepak lebih lama di tepi longkang itu sambil melayan Azri yang tiba-tiba banyak tanya.
"erm, saje je tanya" ujar Azri bernada merajuk.
"ala-ala, buat bunyi sedih lak suara" getus Iqbal sambil mencucuk pinggang Azri. Azri mengeliat hendak mengelak namun tangan Iqbal makin r]akus menggeletek pinggang Azri. Lantaran itu masing-masing ketawa.
Setelah penat ketawa. Iqbal seolah-olah hendak bercerita. Dia menghela nafas panjang terlebih dahulu sebelum memulakan.
"Dulu aku pergi je gim mahal-mahal tu, sebab aku nak upah coach untuk ajar aku, guna peralatan tu semua. Bila aku dah tahu guna peralatan tu, dalam lebih kurang setahun, dan aku pon dah boleh berdikari, tak perlukan coach. Tu yang aku datang ke gim macam ni. Lagi pun aku tak suka environment gim macam tu" terang Iqbal.
YOU ARE READING
AkanKu TungguMu (Complete)
عاطفيةAzri seorang lelaki skema yang baru sahaja hendak memulakan hidup di kota metropolitan. Selain untuk mencari pengalaman kerja, niatnya juga adalah hendak mengubah dirinya agar dapat mengejar cita-cita sebenarnya, menggapai kerjaya di awan biru. Iqba...