Perjalanan DW 48 dari LHR ke KUL telah berlepas hampir dua jam yang lalu. Azri ditugaskan untuk berkhidmat dalam zon kelas business sambil diawasi oleh purshernya. Berkhidmat dalam zon business adalah antara peluang yang selalu dinantikan oleh Azri. Ianya kerana bukan sahaja pelanggan yang tidak banyak kerenah, maka mudah untuk dilayani, tetapi jumlah penumpang yang tidak ramai. Untuk penerbangan kali ini, hanya terdapat tujuh orang penumpang kelas business, jadi dia seorang sahaja sudah cukup sambil dibantu ketuanya.
Selepas memungut semula bekas makanan yang digunakan oleh penumpang, Azri duduk berehat di Crew seat. Seperti biasa, fikirannya mulai merewang, dan kini pada siapa lagi kalau bukan pada Iqbal. Hati Azri sekarang telah diselubungi seribu satu perasaan cinta, cintanya pada Iqbal. Rindu telah menggamit hatinya. Kalau boleh mahu sahaja dia terus menetap di Kota London untuk bersama Iqbal, tetapi komitmen pada kerjaya harus juga menjadi keutamaan.
Entah bila lagi dia dapat bertemu Iqbal secepat yang mungkin, Iqbal katanya masih ada lagi tiga semester pengajian, dan Azri jika tiada duty perlu bertugas ke London, maknanya selepas Iqbal tamat pengajianlah baru mereka akan dapat bertemu. Lama, setahun setengah lagi, getus hati Azri. Namun tidak mengapa, mereka berdua sudah bersama-sama termeterai janji AKANKU TUNGGUMU.
Bila dikira semula, hampir setahun juga pertemuan perkenalan antara Azri dan Iqbal. Bermula dari sebuah gym, Iqbal membantu Azri dalam mengetahui selok-belok membina badan. Berlanjutan menjadi lebih rapat dengan menghabiskan masa bersama-sama. Iqbal jugalah yang membantu mengubah penampilan Azri sehingga dapat membina kerjaya membelah awan biru. Tidak sangka, Iqbal, seorang wartawan syarikat penyiaran terkemuka tanah air, sudi berkawan dengan seorang mat skema yang kurus berkaca mata besar. Kini, hati mereka berdua berpaut cinta.
Pesawat Dahlia Airways telah pun selamat mendarat di KLIA selepas menempuh masa penerbangan 13 jam lamanya. Selesai sahaja penumpang kelas business keluar dari cabin, Azri mulai membersihkan apa yang patut di zon kelas business tersebut. Baru sahaja hendak mula membersihkan, ketua krunya memintanya menunggu sahaja di pintu keluar zon ekonomi, untuk memberi tunduk hormat pada penumpang yang keluar. Azri turutkan sahaja dan berlalu meninggalkan zon kelas business pergi ke sebelah.
Dilihatnya masih ramai penumpang yang masih beratur untuk keluar, Azri berdiri di tepi pintu pesawat dan memberikan tunduk hormat serta ucapan terima kasih kepada setiap penumpang yang melangkah keluar. Bertalu-talu penumpang keluar bertalu-talu jugalah kepala Azri mengangguk tunduk sehingga tidak perasaan muka-muka yang melangkah keluar.
Setelah beberapa ketika menunduk dan mengucapkan terima kasih, Azri melakukannya pada penumpang terakhir. Namun, didapati penumpang itu tidak berganjak keluar melepasi pintu cabin. Lantaran itu Azri terus mendongak dan bertapa gembiranya dia apabila insan tersebut adalah Iqbal. Terbungkang mata Azri dan ingin sahaja dia terus memeluk Iqbal di hadapan matanya.
Iqbal dengan tidak semena-mena berlutut di hadapan Azri dan menghulurkan sebentuk cincin perak di hadapan Azri.
"Sudikah awak bersama saya tiap masa dan ketika" ujar Iqbal dengan penuh perasaan.
Azri hanya mengangguk. Iqbal lantas bangun, mendapatkan tangan Azri dan menyarungkan cincin tersebut ke jari manis Azri. Azri terus memeluk Iqbal terharu. Peristiwa yang disaksikan oleh rakan-rakan kru Azri yang lain turut bersorak gembira untuk Azri. Azri sudah malu apabila rakan krunya yang lain melihat Iqbal dengan selamba mengucup seketika bibir Azri.
"Thanks Betty sebab sudi bantu I" ujar Iqbal pada ketua krunya. Patutlah ketuanya menyuruhnya bertugas di pintu pesawat tadi, rupanya inilah agendanya. Azri menumbuk-numbuk manja dada Iqbal selain mendakapkan mukanya ke bahu Iqbal.
"Jahat" getus Azri sambil mereka berdua berterusan berpelukan. Sudah tidak dihiraukan rakan-rakan krunya yang memandang.
"Apa awak buat kat sini? Kenapa balik gak ke Malaysia" Soal Azri.
"Sebab saya tak dapat nak tunggu awak. Tiada lagi sudah akanku tunggumu, kini akan kita bersama" ujar Iqbal penuh senyuman sambil merenung ke dalam mata Azri, itulah perbuatan kegemarannya. Azri malu-malu terus mengeratkan lagi pelukan.
"Habis tu study awak macam mana?" Soal Azri.
"Study saya? Dah habis" balas Iqbal selamba.
"Habis? Bukan ada lagi tiga sem ke?" soal Azri kehairanan.
"haha, sebenarnya saya ke London ikut short course selama enam bulan je, itu yang dah habis tu, kelmarin lagi dah habis kelas kursus pendek saya" terang Iqbal keadaan sebenarnya.
"WHATT" bulat mata Azri memandang Iqbal apabila mendengarnya. Iqbal menipu dia la selama ini, getus hati Azri. Namun tidak mengapalah, akhirnya kini mereka dapat bersama.
TAMAT
Terima kasih pada pembaca yang sudi mengikuti cerita saya dari awal lagi. even agak klise, ini sahaja yang saya mampu untuk karya pertama saya~
Hopefully lepas ini saya akan cuba lagi mengarang cerita kalau ada kesempatan, maybe next story pasal Ekhwan ke? apa yang berlaku pada masa remaja ketika dia menghilang dari kampung?
hehe, apa pon, thanks again. muahhh, jumpa lagi di lain masa hopefully~~~
YOU ARE READING
AkanKu TungguMu (Complete)
RomanceAzri seorang lelaki skema yang baru sahaja hendak memulakan hidup di kota metropolitan. Selain untuk mencari pengalaman kerja, niatnya juga adalah hendak mengubah dirinya agar dapat mengejar cita-cita sebenarnya, menggapai kerjaya di awan biru. Iqba...