🔱

1.4K 103 2
                                    

       MACAM yang aku cakap tadi, perangai aku ni macam Mr. Bean sebab aku ada beberapa tabiat pelik. Antaranya ialah apa yang aku tengah buat sekarang.

"Nab.. Sudah-sudah la makan aiskrim tu. Kau sedar tak sekarang ni kita kena pergi DM?"

"Dah la makan aiskrim colek pakai jari je. Jari kau tak frozen ke haa?"

Aku mengabaikan dua ketul rommate- ok tak. Housemates aku yang membebel macam mummy aku kat rumah.

Ini jari aku, eh biarla. Selagi dia tak kena kencing manis,selagi tu dia setia dengan aku. Kan baby?

Jari aku angguk. Ahh bijak betul jari aku ni. Tak sia-sia aku latih dia jadi jari yang berguna untuk masa depan negara.

Cakap banyak betul kau ni Nab. Macam headmaster.

"Nab.. Jangan buang masa aku. Aku nak balik cepat nak cas phone ni"

"Kita nak pergi mana?"

"Mashaallah Nabbb. Pak Kodi suruh jumpa kat Dewan Makan. DEWAN MAKAN. D to the E to the-"

"DM ek? Kejap aku siap" penutup aiskrim dicapai dan aku memandang sayu bekas aiskrim yang harus disimpan semula.

"Alhamdulillah akhirnya dia dengar cakap"

Lepas simpan bekas aiskrim, aku naik atas dan tukar baju. Agak-agak la nak pergi DM pakai T-shirt Wonderpets kan? Bukan malu, cuma baju tu jarang sikit. Kalau tebal, memang aku angkut pergi DM. Tak kesah.

Dengan sweater hitam dan seluar tracksuit tiga line hitam, aku bersedia untuk makan kat DM sampai kenyang.

Barbeque,tunggu aku datang! Biarpun malam, kau tetap ku puja!

Eehhhhh!!

Nanti kejap.

"Ton, kau series la Pak Kodi suruh pergi DM malam-malam macam ni?" Aku menyoal semasa turun dari tangga. Dua ketul housemates aku yang tengah tengok TV last minute menoleh.

"Yolow"

"Kau dah kenapa? Dah tau malam-malam, pakai baju black widow bagai pulak. Kita bukannya tengah berkabung"

"Kiah, kau paham-paham jelah Nab ni kan tengah berkabung UNTUK AISKRIM DIA" Ton jeling ke atas.

"Apa-apa jelah. Jom ah aku rasa kita je yang belum gerak. Rumah sebelah dah gelap dah tu" almaklum la. Jiran sebelah ni budak batch kitorang. Cuma beza kelas je.

Kiah menutup TV manakala Ton akan mengunci pintu.

Aku? Aku keluar untuk pakai selipar. Malam-malam kan? Siapa kesah. Jangan tak pakai apa-apa sudah. Pijak taik lembu jangan gelek.

Hmm..



Lupa cakap.

Ini, kisah aku. Bukan kisah Batman, Thanos mahupun Jimin.

Ini kisah seorang Nab.

Anak Pak Jeman.



Pftt kidding. Pak Jeman tu jiran kepada menantu sulung tok saudara kawan sekelas aku.

Yep.

Yourself ✔Where stories live. Discover now