KELUAR dari kereta, aku terus berlari ke arah pintu rumah. Tak sempat nak brek kaki yang laju macam The Flash tak berspenda, pintu rumah tiba-tiba terbuka dari dalam.
Perasaan terkejut tu tak mampu menandingi apa yang aku rasa sekarang. Jadi aku terus rempuh makcik kedut sejuta yang berdiri depan pintu.
"Ohh, buk Bella. Kok pulangnya ngak kasi tau sih" sis Melli berkata dengan mulut yang senget di kedua-dua belah yang bermaksud dia tengah senyum.
Aku pandang dia lama. Kening turut berkerut mengjudge dia atas bawah.
Ehh biar la aku nak balik ke tak. Rumah bapak aku. Sibuk je. Yang kau tu, masa kerja kau dah habis, bila nak balik? Dah la tau masak western je. Kitorang ni tekak Melayu, bukan tekak British. Dah la bila habis masak duduk sofa main IG. Ingat aku taktau ke followers kau tu dah masuk 5100 orang?? Rumah haram tak kemas pulak tu. Bukan nak kurang ajar tapi benda dah betul. Tu la, aku dah cakap kat daddy, ambik maid Indon buat apa? Ramai lagi orang Melayu yang menganggur kat sini. Degil betul.
Haihh..
Dah lah. Buat habis air liur aku je bercakap sorang sorang. Dia bukan dengar pun. Tengok la aku besar nanti, aku nak pecat dia.
"Dah along balik harini, saya balik la sis. Kalau tak, melepas souvenir dari Hawaii tu" kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah yang luas lagikan besar. Sofa di ruang tamu dituju.
Sis Mellificent mengambil beg galasnya dan menuju ke pintu untuk balik. Haa bagus la tu. Cepat sikit keluar.
Tujuan utama aku kalut masuk rumah ni bukan apa. Kepala aku dah pening macam otak berpusing-pusing main flying fox.
Biasalah, aku mabuk aircond. Kalau pakwe aku nak bawak aku jalan-jalan, bersedia la nak bukak tingkap kereta sepanjang perjalanan kalau taknak aku keluarkan balik segala breakfast aku melalui esofagus.
Sayangnya aku takde pakwe. Takziah.
"Bell"
"Jingle bell, jingle bell, jingle all the way"
"Hmmm" jawab jelah pendek sebab along ni memahami. Bukan macam angah yang tengah menambah kepeningan aku dengan menyanyi lagi single best tu.
Mentang-mentang la dia jarang single. Kalau dia yang single, rasa macam dia satu-satunya orang yang pakai kemeja dalam kolam.
Pelik dan aneh lagikan bengap. Heii angah, aku ni selalu single la. Tak payah la riak takbur sangat. Bukannya dapat anugerah pun.
Diam lahhh Nabbbb ya Allah dah tau pening bebel panjang panjang lagi buat apa??
"Nak yang mana?" Suara along meyakinkan aku bahawa dia tengah mempromosi buah hati- ehh buah pinggang- ehh buah tangan.
Hemm makin bengap pulak aku jadinya melayan angah yang sedia bengap. Dah lah. Aku taknak bengap.
Mata dibuka dan benda pertama yang aku nampak ialah muka blur dan mintak penampar along.
Ok gurau.
Benda yang aku nampak tu ialah keychain surfboard kaler-kaler, T-shirt Hawaii, mug, dan crystal yang pastinya diorder oleh mummy.
Fresh from Hawaii. Haloowaa halooween.
"Dude, mana aku punya?"
"Kau nak yang tu, pergi cari sendiri" along berkata sambil sibuk mengemaskan semula barang-barang yang dia sepahkan atas meja. Bukan nak simpan, kemas sikit bagi senang pilih.
YOU ARE READING
Yourself ✔
Teen FictionAku. Seorang manusia dengan tinggi 160cm dan berat 40kg. Kurus tak?? AGAGAGAGA. Ehemm.. Aku dilahirkan sebagai seorang yang berjantina perempuan, berperangai macam Mr.Bean dan suka sumber kehidupan yang bermula dari huruf M dan berakhir dengan keken...