243 40 2
                                        

      "AISYA!"

Aku kecikkan mata pandang bawah khemah rumah FireBlood. Dah la letak tengah panas, warna merah oren pulak tu. Dah macam neraka.

Nabil yang duduk bawah khemah tu melambai panggil aku. Apa la dia ni nak? Derma kebajikan ke?

Disebabkan dia lambai dekat dua minit jugakla, aku terpaksa bangun. Kesian pulak tengok scarecrow tu.

Lepas merentasi lautan manusia yang tengah tengok persembahan geng senamrobik gelek lagu Cita Citata, aku sampai kat khemah tu. Cikgu rumah sukan FireBlood ada offer aku ambik nasik yang ditempah khas dari Chicken Rice Shop bukan sekadar nasi ayam tapi aku taknak sebab tu bukan rumah sukan aku. Nanti tak pasal-pasal diorang panggil aku pengkhianat negara acewahh.

"Apa?" Aku cekak pinggang pandang dia. Topi Nike hitam atas kepala aku rendahkan sikit. Panas betholl. Asal diorang tak buat kat padang tertutup ek? Ada saja tak guna buat apa?

Sia sia bapak aku kasi duit kalau tak digunakan untuk kesenangan anak di hem.

"Tu pakwe kau panggil" dia tunjuk Zafhan yang tengah duduk bawah khemah purple iaitu khemah rumah PreciousGems sambil main rumput.

Ahh dasar lo Nabil. Dah la nama Nab jugak.

Aku jeling dia sikit pastu jalan agak-agak dua puluh langkah menuju ke khemah tu. Apa-apapun, dalam keempat empat khemah kat sini, aku rasa khemah rumah aku paling lawa. K angkat bakul sikit padahal hari menghias aku tak datang pun.

"Ha nak apa?" Aku cekak pinggang lagi sekali sambil tunduk pandang atlet sekolah yang famous ni.

"Apa?"

Ewahh orang tanya dia, dia tanya kita balik?

"Tadi-"

"Kak Aisya, jemput duduk"

Wadafak? Kau potong ayat aku?

Budak yang tolong letak kerusi sebelah Zafhan aku pandang tajam. Kau, sebagai salah seorang peminat aku, patut tau yang aku tak suka orang potong ayat aku. Nampak sangat kau ni fake fan.

Budak tu kemudiannya lari bertempiaran lepas dikejar budak form 5 sebab ambik kerusi yang cikgu guna untuk letak air mineral.

Lepas membebel sorang sorang dan duduk, aku sambung balik ayat tadi.

"Tadi Nabil kata kau panggil aku"

Zafhan kerut kening. Entah kenapa dia nampak macho bila buat macam tu. Mungkin mata aku dimasuki parasit.

"Bila masa?"

Sah! Sah dia tipu aku. Taguna kau Nabil limau basi.

"Tapi kalau kau nak, duduk jela sini. Tak ada siapa halau pun" Zafhan kemudiannya teguk air mineral jenama Spritzer yang diberi cikgu tadi. Aku pun dapat, tapi aku kasi Kiah sebab dia suka air mineral. Kalau boleh nak kawin dengan air tu. Katanya 'air kosong for better health'.

"Haihh" aku mengeluh kecil sambil pandang padang yang ada beberapa orang abang form 6 termasuk crush Kiah sebab diorang tolong cikgu uruskan atlet-atlet semua.

"Kau masuk acara apa?"

Aku toleh tepi. Zafhan dengan rambutnya yang jatuh ke dahi pandang aku buatkan aku rasa nak fangirling tapi tak boleh.

Atau lebih tepat, tak perlu sebab dia memang dah jadi pakwe aku. Wah untung jugak aku eh.

"Kalau ikutkan, aku tanda semua. Tapi Rabu haritu cikgu cakap tahun ni boleh masuk tak lebih dari lima je. So.. Aku ambik 100 meter, 200 meter, memanah, lompat tinggi and.."

Yourself ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang