🍝

284 39 0
                                    

      DI pagi yang hening, burung-burung berkicauan. Langit kelihatan biru dengan cuaca yang baik sekali. Embun pagi menitis ke atas jalan lalu meresap masuk dan bersemadi bersama.

"Samekom!! Tonn!! Ooo Ton!!"

"Ton!! Wei kawan sehidup semati hang mai ni woii!!"

Pintu pagar terbuka luas sebelum Ton dengan baju kurung royal blue berlari itik ke arah kami. Amboih lawa baju.

"Awai gila bodo aih mai. Mai tolong tak pa gak. Ni dok hingaq cam anak tarzan" Ton betulkan awning shawl yang dia pakai. Lawa pulak anak pakcik Fahid harini. Pakai susuk ke apa?

Eh tidak, aku bercanda. Ton kalau pakai tudung memang lawa. Tapi tulah, tak insaf-insaf jugak. Tibai pakai penyangkut baru padan muka.

"Meh masuk. Kang diorang cop aku buli amah pulak" Ton membuka pagar seluas-luasnya sebelum disepak Kiah kerana menggelarnya orang gaji.

"Ma..! Ni ikan-ikan keli dah sampai. Ready nak basuh pinggan katanya!" Ton berkata kuat di pintu sliding yang terbuka luas. Kat luar tu dah penuh khemah dengan makanan yang disusun dalam dulang kenduri tu.

"Awal jugak kita datang ek?" Kiah siku aku. Aku angguk setuju. Awal betul. Jiran sebelah pun belum tentu tengah bersiap.

"Tak payah ek sangat. Korang memang saja datang pukul 8 kan? Aku punya tulis situ besar-besar pukul 10. Siap ada sticker lagi. Takkk paham-paham jugak. Sukati korang lah" Ton letak tangan atas bahu. Mata dia pandang atas.

Auu gitcheww..

"Lek ah. Dah biasa an" aku menari sikit sebelum berhenti sebab bapak si Ton dah turun dari tangga dengan baju melayu warna sama.

Diorang ni beraya ke apa?

"Haa Nabilah, Syakirah. Awal betul datang ni" pakcik Fahid senyum. Misai dia pun terangkat sekali hahahhaah.

"Haa ye pakcik. Boleh la tolong sikit-sikit kan?" Aku siku Kiah. Dia angguk laju.

"Haa bagus-bagus. Pakcik nak keluar kejap ye? Kamu tolong la mana yang patut ye. Terima kasih banyak" kami pandang bapak si Ton sampai pintu utama sebelum pandang anaknya yang tengah buat muka.

"Tolong konon. Piiraah!"

"Ek eleh maid kau berterabur kot. Kalau kitorang offer nak tolong belum tentu ada kerja yang diorang bagi" Kiah goncang bahu sendiri sebelum menjenguk ke lorong menuju ke dapur.

Aku tau ah walaupun tu bukan rumah aku. Siap boleh hafal bilangan mangkuk kat dapur lagi haa.

"Mak ko busy an? Taknak buat tu ke?"

Ton senyum sinis sebelum turut jenguk ke lorong dapur. Dia kemudiannya naik ke tingkat atas diikuti kami. Ada agenda ya gaiss..

       "KIAH. Alang-alang tu isi aku punya sekali. Sesungguhnya pahalamu yang sebanyak isi karipap itu akan bertambah" aku menghulurkan cawan kepada Kiah yang baru bangun untuk isi air ribena dia.

"Banyak lah kau isi karipap"

Kiah berlalu sambil membawa cawan aku. Memandangkan cawan kami sama kaler, aku harap dia tak tertukar cawan. Nak tanda pun tak boleh sebab aku bukannya jenis yang pakai lipstik sampai lekat stain dia kat cawan kenduri hingga membuatkan tukang basuh pinggan tersiksa.

Tu bukan aku. Ingat. Ye aku limited edition.

Ton ketuk-ketuk cawan dia atas meja yang dilapik kain satin biru muda. Mungkin dia boring walaupun selalu dipanggil untuk salam makcik-makcik yang dah nak balik.

Yourself ✔Where stories live. Discover now