🎤

197 33 0
                                    

       "ENGKAULAH perwiraaaa!! Di medan deritaa-"

"Bukan berkali tersungkur dulu ke?"

"Mana aku tau"

"Cer kau google"

"Jap.."

Suasana senyap seketika. Para dolphin mengaum, ketam berjalan ketepi, buah kelapa jatuh berbunyi gedebuk.

Terus kedengaran orang menjerit dan mencarut. Mungkin kelapa tu jatuh atas kakinya. Yelah, kalau jatuh atas kepala, takkan ada bunyi mencarut.

Cuma ada ambulans yang datang untuk bawak dia ke hospital. Silap silap van jenazah terus yang datang.

"Weii berbumbungkan angkasa kelabu dulu laa"

"Ahh apa-apa jelah. Kau start la dulu"

Bunyi gitar dipetik mula kedengaran kembali. Macam dimainkan oleh orang yang profesional.

"Ehemm.. Berbumbungkan angkasa kelabuu-"

"Taik apa yang korang tengah buat ni? Dengar sampai luar tau tak? Tau la suara sedap tapi tak payah la sumbangkan nyanyian kat sini. Tak tenang hidup aku"

Kedua-dua lelaki setinggi almari tu pandang aku yang berdiri depan pintu. Yang tengah berbaju tidur unicorn dan bersedia untuk terjun pantai ni.

"Sejak bila kau ada kat sini??" Lelaki yang memegang gitar tu bertanya.

"15 tahun lalu"

"Nak kena hempuk dengan gitar ni ke, Bell?"

"Semalam.. Korang ni, sampai bila?"

Fakhrul sandar gitar miliknya di dinding. Kaki digoyang-goyang perlahan. Almaklum la, duduk atas katil.

"Dua.. Or satu jam yang lalu? Eh sekarang pukul berapa?" soal Fakhrul sebelum menarik tangan Rian yang memakai jam tangan.

"10.24 minit pagi hari Isnin bertarikh-"

"Dah dah! Kita dah lambat ni woi. Kemain semalam merancang sampai tak tidur. Takkan tiba-tiba tak jadi?" Fakhrul terus ambik phone di atas meja beserta cap dan dipakai.

"Hm"

Fakhrul dan Rian, sepupu aku yang paling bising bangun dari katil masing-masing dan meluru keluar.

Wayiii!! Diorang tinggal aku macam tu je? Nice bro. Tunggu la aku letak julap dalam nasik korang nanti!

       "IKAN kekek mak iloii iloii.. Ikan gelama.. Faezah Ilai.."

"Kepala hutak kamu Faezah Ilai"

"Ahh kamu! Sibuk saja bah"

"Kenapa sih, kalian itu begok banget. Ngak kayak aku. Apa orang bilang? Beauty with brain"

Penyedok ais di tangan Kiah dia baling ke kepala Ton yang tengah berbaring untuk menggelapkan kulit. Macam tak ada benda lain nak dibuat. Ingat minah saleh ke nak buat macam tu?

"Ehhh dua tiga burung belatuk, sakit la atok!" Ton baling penyedok ais tu ke arah aku pulak tapi aku sempat tunduk sebelum-

"YA ROBBI ANAK SIAPA YANG BALING NI WOII! AKU SUMPAH DIA JADI TANGGANG JAPGI KANG!"

"Not me" Rian di sebelah angkat tangan tanda tak bersalah. Sempat dia pandang kami bertiga yang nampak seperti anak Rohingya sesat di kedai Habib Jewel.

"Engko ni siapa?" Kiah pandang Rian atas bawah. Macam tengah judge seseorang untuk dijadikan pakwe.

Ahh.. Nama pun Kiah. Pak Kodi pun dia pernah ngorat dulu. Almaklumla, muda-muda dulu hensem. Masa tua ni, tak dah la. Bini pun dah ada dua.

Yourself ✔Where stories live. Discover now