MACAM yang dijanjikan dalam phone semalam, aku tunggu Zafhan depan makmal kimia. Nasib baik ada pondok, kalau tak awal-awal aku dah cau.
Panas nak mampus kau tau tak? Sepatutnya sekarang aku tengah bersenang lenang dengan Ton dan Kiah kat cafe menghabiskan creamer dengan tisu. Tapi apakan daya..
Aku cuma mampu merancang. Pakwe aku yang menentukan.
Kelibat Zafhan yang tengah berjalan dengan Fathi melegakan aku. Hampir lima minit woi aku tunggu dia! Lambat kalah perempuan bersiap!
Bila dah sampai, dia duduk di sebelah aku yang dah macam cacing yang digoreng ni. Fathi yang berdiri aku tunjuk kening yang diangkat sebelah.
Lama ya aku berlatih dengan angah nak angkat kening sebelah ni. Angah kan dah pro.
"Kau taknak duduk ke, Fat? Best sangat ke berdiri tengah panas ni?"
Terus kening lelaki tu berkerut. Dia pandang aku dan Zafhan bersilih ganti macam muka kami baru berubah jadi kambing yang disihir mak tiri.
"Aku bukan Fat"
"Hahaha tak payah melawak kat sini. Baik kau duduk sekarang"
"Tak, aku tak melawak"
Gelak sinis aku terhenti. Apa yang jantan ni mengarut? Kalau dia bukan Fat, jad dia siapa? Fet?
"Kau Fathi kan? Yang teman Afril time lawan SKHB dengan aku haritu? Ke aku salah nama?"
"Aku. Bukan. Fathi." Lelaki tu silang tangan. Muka berlagak acah badboy ditunjuk. Alaahh kalau kau bukan Fathi, habis kau siapa?
Salman Khan?
"Nama aku Fariz. Ilman Fariz bin Azizi Ishak"
"Ya ya apa-apa jelah. Silap sikit pun nak marah. Cam pompuan" aku jeling ke atas. Oh baru perasan kat celah kayu bumbung tu ada sarang burung merpati London.
"Adik kepada Iman Fathi bin Azizi Ishak. Orang yang teman Afril haritu"
Pandangan aku alihkan dari memandang ibu burung yang tengah suap garlic bread kat anak-anak dia kepada muka jejaka ada rupa tu.
Pardon?
"What do you mean?"
Lelaki tu raup rambut dia ke belakang. Sempat dia mengeluh panjang sebelum pandang aku tajam.
"Aku Ilman Fariz. Adik or senang dipanggil twin kepada Iman FATHI. Beza kami dua minit 15 saat. Tutup mulut kau, lalat masuk aku tak tanggung"
Aku terus tutup mulut. Jadi conclusionnya disini, aku la yang salah? Ahh.. Idiot Nab.
Memalukan benar.
"Kenapa aku tak pernah nampak kau langsung?"
"Aku ada la kat bab 2. Yang conteng kertas pakai pen mahal tu"
"Tak, maksud aku dalam kelas"
"Kau tak nampak ke? Muka aku dengan Fathi kan macam cermin. Mana boleh beza. Lagipun aku selalu je nampak kau"
Aku angguk sikit. Jadi.. Kejadian di mana aku nampak Fathi dalam kelas, pastu pergi tandas pun nampak dia jugak tu..
Bukan perkara mistik lah kan?
Sikit lagi je aku nak kata dia main ilmu hitam.
"Emm.. So bila kita boleh discuss pasal benda ni?" Zafhan tongkat dagu memandang kami berdua. Oh yelah, lupa pulak kewujudan bakal bekas pakwe aku ni.
"Haa discuss ahh korang dua. Aku gi tandas jap. Nanti aku datang balik" Ilman Fariz buat gaya 'cau lu bro' dan meninggalkan kami di situ.
Orang cakap, kalau duduk berdua, nanti ada orang ketiga iaitu syaitan. Jadi tadi ada orang ketiga, adakah itu bermakna Ilman Fariz tu syaitan?
Ahh abaikan. Tak penting buat masa sekarang.
"Nak bincang apa?" Aku mulakan bicara lepas suasana sunyi sepi untuk dua minit.
"Aku rasa kita kena sambung la kontrak ni"
"Kau ingat ni projek syarikat? Tak ada surat hitam putih pun"
"Kau nak ke? Aku boleh je buat. Kertas sijil tu banyak kat rumah aku"
"Dahh.. Tak payah mengarut. Memandangkan family aku, and family kau jugak, dah tau pasal benda ni.. " kata-kata aku terputus. Lepas tu apa ek? Kang putus jugak, melalak abang-abang aku nanti. Silap-silap, diorang tuduh aku mainkan hati lelaki.
Ewaahh aku mangsa keadaan okey!!..
"Kita sambung jelah. Bila-bila dah setel nanti kita break. Alahh bukannya dah 17 yang nanti kena kawin paksa. LYE pun tak ambik lagi"
Aku kemam bibir memikirkan sesuatu. Tiba-tiba rasa nak KitKat. Dengar cerita aiskrim dia pun sedap. Balik nanti ingat nak pergi 7Eleven la cari.
Eh melencong jauh kau ni, Nab.
"Aahh boleh la apa pun. Tapi jangan sampai mak kau berkenan dengan aku sudah. Sian bakal jodoh aku nanti"
Zafhan cuma tersenyum sinis. Niat ibunya haritu tiba-tiba terlintas di kepala.
"So.. Bila kau boleh jumpa ibu aku?"
"PETANG ESOK?!"
Aku angguk perlahan. Ton terus pegang kepala. Bukan kepala dia tapi kepala Kiah. Minah tu pun nampak tabah bila kepalanya digoyang-goyang oleh Ton.
"Ohmegat, Nab! Aku tumpang bahagia" Ton pura-pura lap air mata halimunan dan buat muka 'I'm a proud mom'.
Lama sangat dah dia tak kena lepuk ni. Gian mungkin.
"Dia baru nak jumpa mak Zafhan, Ton. Bukannya merisik lagi. Dari buat muka bangga macam kau yang lahirkan dia, baik kau pikir kita nak pergi mana cuti minggu depan" Kiah tampar tangan Ton dan duduk angkat kaki sebelah. Gaya dia sekarang sebijik macam arwah tokwan aku makan nasi dulu-dulu.
Hmm.. Minggu depan cuti seminggu. Memang waktu yang baik untuk aku rehatkan fikiran yang bercelaru mengarut. Tindakan luar biasa, marah terus mencarut. Lupa semua kata, rasa nyawa tercabut.
Aiguh Nab.. Aku harap kau berhenti dari membuat lawak hambar ini. Otak kau tak terhibur sama sekali. Malahan jikalau dia ada tangan, kaulah orang pertama dia akan tampar.
"Alah apa susah-susah. Pergi jela pulau private bapak Nab. Kan aku dah bagi kapal sebijik haritu? Bila lagi nak guna?" Ton tiup kuku.
"Perghh first time aku rasa kau berguna" Kiah senyum buat kali terakhir sebelum Ton bangun dan sembur kasut sekolah dia dengan Ridsect Advance. Hapuskan nyamuk, cegah kelemumur!
Tiberr haa..
ANDA SEDANG MEMBACA
Yourself ✔
Novela JuvenilAku. Seorang manusia dengan tinggi 160cm dan berat 40kg. Kurus tak?? AGAGAGAGA. Ehemm.. Aku dilahirkan sebagai seorang yang berjantina perempuan, berperangai macam Mr.Bean dan suka sumber kehidupan yang bermula dari huruf M dan berakhir dengan keken...
