💔

402 37 10
                                    

      KAKI aku melangkah ke kelas dengan tangan yang digenggam kuat. Hati rasa berdebar-debar macam menari lagu dangdut Cita Citata.

Kaki pun terasa kebas semacam. Hampir-hampir je nak kena datang naik kerusi roda tapi aku masih memikirkan reputasi dan air muka aku.

Pintu kelas dibuka sebelum mata tajam memandang ke arah tempat duduk sebelah aku yang masih kosong.

Okey..

....

Dia tak datang lagi..

....

NASIB BAIK WOII MASYAALLAH PENAT AKU PIKIR NAK BUAT APA PAGI NI SUPAYA TAK PAYAH JUMPA DIA DALAM KELAS TAPI TULAH NAMA PUN DESKMATE LOL MESTI LA JUMPA JUGAK MACAM MANA PUN.

Hahh. Tenang sikit hati aku pagi-pagi ni. Boleh lah fikir ayat apa nak guna nanti. Tak ada la tergagap macam pesakit Parkinson.

Bukan apa, semalam aku buat lah benda yang dah jadi kebiasaan aku iaitu tulis kejadian seharian kat status wasap dan hide dari semua contact.

Tapi semalam, malang sangat tak berbau. Kalau berbau pun mesti hidung aku tersumbat.

Aku lupa hide jadi 270 orang dari 341 contact aku dah tengok semua status tu.

Termasuklah classmates aku yang baru je aku save number diorang minggu lepas atas nasihat Zafhan.

Kau rasa aku nak letak muka kat mana? Dah la aku ada mention seketul terus nama Zafhan dalam tu. Pening kepala aku kena usik dengan Kiah dan Ton semalam.

Mintak-mintak Zafhan tak bukak mulut pasal tu kejap lagi atau aku akan rendam kepala dalam akuarium pejabat.

Cuba untuk tak fikir banyak, dengan tangan yang bergetar, aku selak buku latihan Matematik. Acah-acah study pun boleh la. Janji tak ada orang menempek kat sini tanya macam-macam.

Contohnya Kiah dan Ton yang dari tadi tersengih kat depan aku. Buntut punya perempuan. Pergi la duduk tempat sendiri sana. Sibuk je.

Kira-kira setengah jam aku kira kotak kat buku latihan tu, aku menunduk pandang jam tangan dengan kerutan di kening.

Pukul 8.54 dah ni. Takkan lelaki tu tak datang? Tak mungkin. Setahu aku rekod kehadiran dia clean selama ni.

Hmm.. Mungkin ada emergency case atau dia bangun lewat harini. Kau rilek dulu, Nab. Kau jugak yang tak berani nak hadap muka dia harini kan?

Kepala aku angkat memandang sekumpulan budak lelaki kelas aku yang baru masuk dengan muka masing-masing macam baru lepas kena reject. Mendung, sepi.

Why meh?? Anak kucing oyen milik makcik kantin tu mati ke?

And.. Furqan. Furqan pun tak datang? Really? Berkomplot ke apa dua orang ni?

"Nab.."

"Yes?" Aku pandang Kiah yang tengah ketap bibir. Muka dia nampak.. Gelabah. Jangan cakap dia nak beyak tapi pintu tandas kunci lagi?

"Pesal?"

"Kau tau tak.. Kenapa Zafhan tak datang harini?"

"Well.. Biasa la tu kan? Maybe dia ada emergency?"

"Tak. Dia dah berhenti sekolah"







"Kiah. Kau buat lawak apa ni?"

"Tak, Nab. Aku tak buat lawak" kata Kiah tanpa riak bergurau sebelum tunjuk screen phone dia. Mesej dari guru kelas dalam Telegram sekolah yang menyatakan Zafhan dan berhenti sekolah harini.

Yourself ✔Where stories live. Discover now