"JEBON mana kacau aku ni?" Aku toleh belakang memandang si Zafhan yang tengah berlari-lari datang ke sini. Entah apa yang dikalutkannya pun taktau lah."Kau nak hape?!"
"Tak. Aku takut kau salah orang je"
"Kau tunjuk gambar dia tadi kan? Salah orang taik ayam apanya" aku garu pipi yang gatal walau tak dihinggap nyamuk. Jerawat nak tumbuh ke apa ni? Aduhh jangan ah. Aku kena nampak cantik masa hari sukan nanti. Dah la ramai penonton.
"Memang la. Tapi Shaun ni ada kembar seiras tapi kembar dia tu gangster sikit. Mana tau kau salah tegur tak ke malu?" Zafhan senyum nipis sebelum pandang Shaun yang berada di sebelah aku.
Malu eaa??
Memang aku dah malu. Memang.
Kiah dah tekup mulut manakala Ton tekup telinga. Masing-masing mata terbeliak macam malaikat maut datang menyapa.
"Jadi.." Aku tak mampu nak menyambung ayat lagi. Shaun Raymond aku usya dari tepi. Dia dengan kening berkerut mengangkat tangan dan dibawa ke bawah hidung sebelum digosok dengan jari telunjuk. Lepastu dia tarik nafas dalam-dalam.
Woi dia nak buat apa ni?
"SHAYNE ALMOND MUTALIB!!!"
AKU, Kiah dan Ton berjalan balik ke kelas lepas adengan yang tak sepatutnya berlaku itu berlaku dengan indahnya. Masing-masing tak percaya dengan apa yang baru berlaku depan mata.
"Aku ada soalan. Kenapa nama adik dia macam kacang?"
"Tu tak penting, Kiah. Yang aku nak tau macam mana dia boleh smackdown adik dia sampai masuk bilik rawatan"
"Tu pun tak penting, Ton. Yang lebih penting ialah apa tu Sukan Kemuncak Harapan Bangsa" aku tepuk dahi. Terasa sakit disitu.
Kami berhenti melangkah dan duduk di kerusi batu memikirkan kebodohan tak sempat tanya Shaun pasal sukan tu tadi.
Haihh. Susah jugak jadi bengap rupanya. Mungkin aku patut mula belajar. Mulakan dengan belajar erti kehidupan.
"Kita nak cari dia lagi ke besok?"
"Sia-sia. Borang tu kena hantar harini jugak"
"Dahtu cemana?"
"Masuk jela"
Ton mengembungkan pipi. Dia masih berpikir bahawa dia akan nampak comel kalau buat macam tu sejak-sejak crush keempat dia senyum bila dia buat macam tu bulan lepas.
Ahhh.. Mungkin crush dia lupa pakai spek.
Borang yang ada dalam poket baju aku keluarkan dan buka lipatan. Pen Kiah aku tarik dan tanda kat kotak sukan Kemuncak Harapan Bangsat-maksud aku, bangsa.
"Macam mana kalau tu pertandingan budak lelaki yang tak pakai seluar tapi berebut tali pinggang?"
"Maksud kau, gusti?"
"Ya"
"Tak mungkin. Ikutkan saiz seluar Shaun tadi, nak otter pun tak boleh apatah lagi pakai tali pinggang. Entah-entah lubang tali pinggang tu pun kena tebuk sendiri"
"Entah-entah tu pertandingan taik lalat terbanyak. Shaun tadi kira banyak jugak taik lalat dia. Tapi asal adik dia takde langsung?"
"Itu namanya reherseal. Anak sulung kena letak banyak sikit. Sebab tu kening along aku on fleek"
"Gila apa taik lalat terbanyak? Kalau dah banyak sampai macam tu pun dapat tempat ketiga, yang tempat pertama cemana?"
"Hahaha"
YOU ARE READING
Yourself ✔
Novela JuvenilAku. Seorang manusia dengan tinggi 160cm dan berat 40kg. Kurus tak?? AGAGAGAGA. Ehemm.. Aku dilahirkan sebagai seorang yang berjantina perempuan, berperangai macam Mr.Bean dan suka sumber kehidupan yang bermula dari huruf M dan berakhir dengan keken...