🍔

418 55 2
                                    

   AKU termanggu, terkedu, tertarik menarik kan memang deboom.

Taktau nak cakap apa bila angah mintak tolong aku cari isi kerja khusus dia sementara dia pergi order McD.

Haaa.. Haaaa... Haaaa...

Mampus aku. Malaysia di Persada Dunia tu dah la tajuk tahun lepas masa form 2. Mana aku nak ingat dah isi isi dia!

Ohhhh yelahhh..

Kat rumah kan ada. Mintak-mintak aku simpan lagi. Bukan apa, selalunya kalau dah habis sekolah, buku aku pun akan habis dijilat api. Jadi mari kita berdoa agar seketul Aisya Nabilah selamat dari bebelan angahnya yang seperti motorboat itu.

"Dah ke?"

"Ngah pikir benda ni boleh siap 10 minit je ke?" Aku mengangkat kening berulang kali biar dia rasa annoying.

Angah membuat muka hodoh sebelum duduk dan mula mengedarkan bungkusan burger.

Elok la tu. Aku memang tengah lapar ni. Tunggu dia nak pergi order je sempat pusing satu mall. Ada je drama dia buat. Introvert la, anxiety la. Baling dengan kerusi karang baru tau langit tu tinggi ke rendah.

Baru tangan nak mencapai kotak BigMac, angah dengan laju berapinya menarik kotak tu dari gapaian aku.

"Kasi siap dulu baru makan"

Wahhh babe punya angah.

Mulut terus disebikkan, mata dibulatkan, merayu pada angah untuk makan dua kepingan daging, sos istimewa, salad keju jeruk bawang diapit ban bijan tu.

Eee aku tak makan jeruk. Tapi lagu tu sedap. Terngiang ngiang kat telinga aku setiap kali tengok iklan lepas drama Melayu waktu malam.

"Kejam do kau. Along kau tau, mampus kau nanti" abang Fad mencelah. Ayeee pandai abang Fad! 5 HA saya bagi.

Angah menjeling aku sebelum meletakkan kembali kotak BigMac yang menyelerakan depan mata aku. Ahakk!! Makan makan..

Tapi jangan ingat kau dah terlepas ek angah. Akan beta jadikan kau hamba suruhan beta!! HAHAHAHA!!

"Uhuk! Uhukk! Erghmm"

Aiguhh tersedak pulak. Tulahh. Kurma tak pernah salah alamat, Nab. Tambah-tambah kalau kau order dari Yusuf Taiyoob.

          MACAM yang budak kelas sebelah tulis kat status wasap dia, nak berjaya tapi tak usaha macam nak couple tapi taknak confess.

Memang takde kena mengena dengan situasi sekarang. Cuma aku tak ada mood nak buat kerja khusus angah. Sebab tu aku teringat macam-macam benda merapu.

Laptop dibiarkan terbuka di atas meja membuatkan aku selalu terpandang wallpaper anak Bill Gates iaitu Colgate kat situ.

Perkataan malas mula berpusing dalam kepala otak aku. Jadi, dengan kepakaran otak bersaiz telur burung unta aku ni, aku takkan buat kerja khusus angah.

Tapi!

Tapi ek, tapi aku akan bagi kerja khusus aku yang tahun lepas cuma ditukar dia punya data pemilik. Yelah, benda sama kot, yang nak buat banyak kali dah kenapa?

Yehett!! Bijaknya aku!! Bangga mummy dengan daddy aku dapat anak macam ni.

"Woi"

"HOII ANAK PAK PANDIR SINGLE!!"

"Mengelamun tak habis-habis, bila nak siapnya kerja tu? Jangan sampai angah habiskan kau punya sumi dalam peti ais. Meraung nanti angah tak tanggung" angah yang berdiri di muka pintu memberi amaran yang tak menakutkan langsung.

Yourself ✔Where stories live. Discover now