🏊

311 39 1
                                        

       HARITU Ton ada cerita pasal abang form 6 yang mengancam tu kan? Aku rasa dia dah angau dengan lelaki tu sebab sekarang orang lain tengah berenang, sedangkan dia duduk tepi kolam merenung ke depan.

Hell??

Dia baru terjumpa lelaki tu 5 saat kot? Tu pun masa on the way ke kolam ni tadi. Ok campur masa kat tandas dewan tu mungkin satu minit lebih sikit. Tapi..

Haihh.

"Dude, kau angau ke sia?" aku duduk di sebelah Ton. Kaki direndamkan di dalam kolam yang disponsor oleh bapak Ton sendiri. Jadi kalau dia buang kahak dia dalam kolam ni pun, takde siapa boleh marah sebab nanti ayat dia-

'Ni kolam bapak aku'.

Savage kau, Ton. Macam anak Rick Rick Ricky rich alam mafia tenene

"Angau menda?" Ton mengerut kening. Kaki didalam kolam dikocak-kocak. Mata memandang Kiah yang tengah berenang gaya unta lemas sambil mengadap siling.

"Tadi kan kita jumpa abang FS tu?"

FS tu singkatan untuk abang form six atau lebih tepat, untuk crush si Ton. Kasi sembunyi la sikit. Kantoi pulak nanti. Stok stok muka camtu kan selalunya ramai fans.

"Haa dahtu?"

"Tak angau ke?"

"Tak pun"

"Habis kau pikir apa? Nak kata pasal LYE, nampak sangat kau dah demam" aku angkat kening. Hmm. Menyampah pulak bila ingat pasal Last Year Exam yang penting untuk budak form 3 tu. Lebih kurang PT3 cuma kertas exam ni rajah dia berwarna.

Bajet lebih katakan.

Ton duduk mengadap aku. Dia bersila sebelum mukanya didekatkan dengan muka aku. Kalau dalam novel, orang kata 'ni kalau gerak sikit mesti bercium'. Tapi takdela dekat sangat. Waras lagi kalau nak bercium dengan minah ni. Aku pun ada taste.

"Aku pikir pasal hari sukan nanti"

Ouu..

Hari what??

"Ehh babe, cemana tahun ni? Nak tukar ke kekal?" Kiah yang masih berada di dalam kolam datang ke arah kami. Datang tu dah sah-sah la berenang. Gila apa nak lari dalam kolam?

Kami pandang sesama sendiri. Penyelesaian diperlukan.

        "NAH, borang acara sukan. Macam biasa, lepas isi bagi balik harini jugak" Wan Anisa mula mengedarkan kertas setebal buku teks di tangannya ke seluruh pelajar 3 Majestic.

Dia bukan ketua kelas sebenarnya. Kat sekolah ni memang tak ada jawatan ketua dan penolong ketua kelas. Apa-apa hal hantar wakil je.

Aku merenung kertas di depan mata macam nak tembus. Terus aku pusing belakang pandang Kiah dan Ton. Diorang pun macam tau-tau je aku nak toleh, terus angkat kepala pandang depan.

"Cemana ni?" tanya Kiah. Dari lepas habis kelas berenang tadi asyik pikir pasal benda ni.

"Tulis nama dulu la" pen hitam dakwat cair aku ambik dan tulis nama, kelas, nama rumah sukan iaitu PreciousGems dan jawatan.

Aku Bendahari okey. Jangan ingat aku tak berguna. Aku bab pegang pegang duit ni memang pro af. Akauntan pun kalah.

Halaman kedua iaitu pemilihan acara aku pandang.

"Kita tanda yang wajib dulu. Cancel perbarisan. Budak form 3 tak payah masuk" kata Kiah yang memegang pen biru yang dia beli kat Popular minggu lepas. Dengar cita pen tu lima puluh.

Yourself ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang