CHAPTER 1

1.7K 113 14
                                    

26.05.1999 Sabtu 03:00AM

Aku membiarkan pintu jendela bilik terbuka, angin subuh mulai meniup perlahan rambut ku yang sengaja tidak aku ikat.

KREEEKKKK.......

Aku menoleh dengan cepat, kulihat Aley sedang terjaga dan sedang duduk dihujung katil. Aku pantas berdiri dan biarkan buku-buku coretan ku terbiar di atas meja belajar ku.

               "Aley" panggilku, namun Aley hanya menundukan kepalanya dan langsung tidak dia angkat. Liang romaku mula berdiri. Namun aku tidak melayannya aku biarkan saja perasaan ku, bukan tidak biasa.

Aku semakin dekat dengan Aley, sebab selama ini belum pernah aku melihat Aley terbangun dari tidur pada jam seperti ini, kaki ku pelahan-lahan menuju ke arah Aley, kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun itu hanya tunduk dengan rambutnya ikal mayangnya.

Baru sahaja ingin aku menyentuh tubuhnya..

Tupp...

Aku menoleh, rupanya pintu jendela aku tertutup rapat, aku melepaskan nafas lega, aku sangka apa tadi mungkin ditiup oleh angin bisikku. Aku tersenyum lalu memandang semula ke tempat Aley duduk.

Mata ku tercari-cari, Aley hilang. Aku kembali melihat katil Aley dan sah katil itu juga kosong, dengan perasaan ingin tahu aku mencari Aley hingga di bawah katil namun kosong, angin pula semakin kuat dan setiap jendela bilik kami terbuka, tanpa membuang masa aku terus menutup jendela yang terbuka, selesai kesemuanya aku lantas keluar dari bilik,

Sunyi....

Hanya cahaya lampu jalan yang menerangi ruang itu, aku menelan air liur ku, sempat aku mengambil lampu suluh (torch ligh) yang memang sentiasa aku bawa, walaupun aku sedikit takut aku cuba untuk memberanikan diri mencari Aley.

Rumah ini dijaga oleh madam Hana dan suaminya, akan tetapi suaminya jarang berada disini yang ada cuma madam Hana dan beberapa orang pembantunya, Madam Hana sangat terkenal dengan sifat garangnya, jika dia dapati ada kanak-kanak yang belum tidur pasti dia akan menghukum mereka. Aku membuka lampu suluhku lalu melangkah dengan perlahan.

            "Aley mana kau?" Panggilku dengan dengan suara separuh berbisik, aku melihat kebawah anak tangga sangat gelap, rumah ini sangat luas dan besar, aku berjalan dengan perlahan sambil kaki ku melangkah perlahan-lahan menuruni anak tangga.

            "Mayaaa" panggilan halus suara orang sedang memanggil ku. Aku melihat namun ruangan itu sangat gelap. Aku tidak tahu siapa yang sedang memanggil.

            "Siapakah itu?" Soalku, aku berjalan lagi dengan perlahan dan akhirnya kutemukan sebuah bilik yang telah diikat oleh rantai, Madam Hana menghalang keras kanak-kanak untuk masuk bilik itu, pernah sekali ada kanak-kanak masuk kedalam tetapi setelah keluar anak itu menjadi seorang pendiam, malah keadaan anak itu menjadi semakin teruk dengan bercakap sendirian.

            "Mayaa" panggilnya lagi, aku dekatkan telingaku ke arah pintu, memang sah ada orang didalam dan orang itu adalah Aley rakan sebilik ku.

           "Maya" suara itu menangis seperti ketakutan, aku mulai resah bagaimana Aley boleh masuk kedalam bilik itu? Sedangkan berantai?

            "Aley buka pintu" suruhku, namun suara Aley yang sedang menjerit ketakutan itu buat aku menjadi hilang arah, aku berabis mencabut dawai yang berada dipintu itu namun sukar,

             "Tolongggg!!!!" Aku menjerit, tetapi tiada siapa yang datang menolong.

               "Tolongg!!!" Panggilku lagi aku berusaha keras untuk menolong Aley, tanpa banyak berfikir aku terus berlari ke arah dapur yang berada dihujung bangunan, keadaan tempat itu memang gelap. Sempat aku berfikir mustahil tiada yang dengar teriakan ku. Aku mencari-cari benda tajam namun tidak kelihatan.

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now