CHAPTER 9

590 66 4
                                    

Kok....kok...kokkk

Suara ayam berkokok buat Ardy terbangun dari tidur, perlahan-lahan dia membuka mata dan matanya tepat terkena sinaran matahari.

Ardy bangun lalu duduk di tepi katil dia mengambil jam tangan diatas meja, rupanya baru jam 6 pagi. Tapi serius suasana kampung dengan bandar memang berbeza Ardy kembali berbaring di atas katil, perlahan-lahan di tarik selimut dia dan akhirnya dia tertidur kembali.

                          •••••••••••

"Ardy..Ardy...."

Tap..tap..tap

Pipi itu di tampar lembut..

Ardy merasa telinganya berdesing, dia membuka mata perlahan-lahan namun wajah wanita itu tidak berapa jelas.

Semakin kuat telinga Ardy berdesing, dia menutup mata kembali, tetapi suara wanita itu semakin kuat menerjah ke gegandang telinganya.

        "Ardy... Ardy" panggil wanita itu sekali lagi, pipi Ardy ditampar lembut.

Bunyi aliran sungai yang deras buat suara wanita itu tenggelam timbul, Ardy tidak mampu untuk membuka mata.

Cup!!

Ardy dapat merasakan wanita itu memberi dia bantuan pernafasan (CPR), dan akhirnya

              "Aku dimana?" Ardy melihat pakaian nya sudah basah, Ardy terbatuk-batuk. Bukankah dia sambung tidur tadi? Ardy melihat wanita itu. Wajah itu kelihatan sangat risau.

            "Ardy kamu hampir lemas, nasib baik aku lihat kau ada sini" kata wanita itu.

Ardy masih berfikir, dia merasa hairan kenapa dia boleh ada disini, dia yakin bahawa dia sambung tidur tadi. Ardy melihat jam masih 6 pagi. Ardy mula menggigil.

           "Terima kasih Maya" Ardy berterima kasih pada gadis itu. Ardy memeluk tubuhnya yang kebasahan. Dia sangat-sangat kesejukan.

          "Sama-sama Ardy, oh ya panggil saja saya May ah, kalau kau panggil Maya nampak pelik pula" Maya tersenyum.

Ardy turut tersenyum, jika dia memanggil Maya, teringat pula dia Maya yang berada di Hospital Mesra Bukit Padang. Ardy baru 3 hari di kampung. Bagaimanakah Julia disana? Adakah dia menjalankan tugasnya dengan baik?

        "Ardy!" Panggil Maya.

Ardy terkejut, lama pula dia berkhayal, Maya memberi Ardy kain sarung untuk membaluti tubuhnya yang sudah menggigil itu.

        "Mari saja saya bawa kau pergi rumah saya dulu, nanti kalau kau sudah okey baru kau balik lah ah" Maya senyum.

Ardy hanya mengangguk, tangan Ardy Maya genggam lalu membawa dia masuk ke satu jalan yang kiri kanan penuh dengan pokok-pokok.

         "May kalau sini kawasan perkampungan kenapa jalan dia semak ni?" Ardy merasa hairan.

         "Haha saya suka ikut sini bah, cepat sampai" Maya ketawa.

          "Oh ingatkan, manatau kau mau culik saya" Ardy ketawa, tangannya masih di genggaman Maya.

          "Hahah malu lah jika perempuan yang menculik lelaki" Maya bersuara lembut.

           "May kamu sudah lama tinggal disini? Sebab saya juga membesar disini dan bersekolah disini, tetapi saya tidak pernah melihat kamu" Ardy bertanya. Perlahan-lahan tangan Ardy Maya lepaskan.

Maya melihat Ardy, nampk sedih muka itu namun sedih itu hanya sekejap, Maya senyum kembali.

          "Saya ada saja, cuma kamu yang terlalu fokus belajar" Maya ketawa.

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now