CHAPTER 5

718 73 10
                                    

"Seperti hujan menyirami bumi, begitu juga dengan darahmu. Apakah kau dapat menghenti kan ku?. Jika kau sudah sebati dengan ku!. Hahahahaha"

Ardy terbangun semula dari tidur, mimpi itu seakan nyata. Tapi suara itu sangat garau, dan dalam mimpi itu dia terlihat seakan-akan ada budak perempuan sedang dimarahi lalu budak perempuan itu hanya mampu tertunduk.

Ardy bangun dari pembaringan sempat dia melihat jam di dinding hospital itu, rupanya masih awal baru jam 8pm dia melihat lagi tingkap, dari jauh ternampak setiap cahaya serta lampu-lampu neon dan bangunan2 yang masih bercahaya. Lalu Ardy mengambil air yang telah pihak hospital sediakan tidak tahu kenapa malam ini tekak dia terasa haus pula.

Krekk........

Pintu wad Ardy terbuka perlahan-lahan Ardy menelan liur. Muncul jururawat wanita yang sedang memegang file, mungkin ingin memeriksa keadaan Ardy barangkali. Jururawat itu tersenyum

         "Nurse bila saya boleh keluar?" Ardy menyoal Nurse tersebut, namun Nurse itu hanya diam, tapi senyuman dia tidak hilang dari bibirnya.

Ardy pelik, kenapa soalan dia tidak dijawab, mungkin ni nurse mau fokus kali bisik Ardy, dia langsung tidak merasa curiga.

Selepas melihat keadaan Ardy nurse itu pun berjalan menuju ke bilik air wad Ardy .

Prangggg!!!

Ardy terkejut, bunyi itu datang dari bilik air. Ardy pantas turun dari katil dan kakinya cepat melangkah ke bilik air.

Ardy megetuk pintu bilik air tersebut.

Tok..tok..tok

        "Nurse kamu okey kah?"

Diamm....

Langsung tiada jawapan dari dalam. Aii takkan pengsan? Soal Ardy
Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu itu...

Sunyi......

             "Ardi" suara itu betul2 dekat ditelinga Ardy. Dengan cepat Ardy menoleh, kuss semangat huh. Rupanya Julia pula, dia pun juga ikut-ikut meningu ni.

           "Ardi apa yang kau tengok-tengok ni?" Soal Julia pelik hairan dia melihat Ardy.

           "Kau ni Julia bikin tekejut ja, rajin juga kau datang malam-malam ni?" Soal Ardy.

           "What? Malam2? Hello Ardy sekarang bukan malam, sekarang sudah pagi okey, hari ni kau boleh keluar sudah. Sebab tu saya datang sini" Julia semakin pelik dengan tingkah laku Ardy, nampaknya Julia pun kena siasat apa punca sebenar Ardy sehingga boleh jadi sedemikian.

Ardy melihat jam, seingat dia baru jam 8pm dan waktu itu memang gelap. Ardy tidak percaya dia keluar dari bilik air dan menuju ke katil, memang betul kata Julia. Kini bilik Ardy sangat terang benderang dipenuhi cahaya sang mentari.
                          ••••••••••

HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG KOTA KINABALU - 0200PM JULY 2019

Ardy menatap wajah milik Maya, wajah itu langsung tiada riak apa-apa,

             "Maya hanya kau saja boleh tolong saya kasih hilang ni kekusutan, tolong saya Maya" luah Ardy, dia separuh berbisik.

Maya memandang Ardy perlahan, Maya kelihatan takut-takut. Ardy yang perasaan dengan tingkah laku Maya menarik nafas, mungkin dia sudah menakutkan gadis itu.

           "Maya, tolong kasih tahu saya dimana Luna?" Ardy masih mengharap.

Mendengar nama Luna disebut buat Maya terus menatap Ardy. Air mata itu mengalir,

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now