CHAPTER 12

730 84 11
                                    

   "Aryan... Aryan.. Bangun nak" aku membuka mata ku perlahan lahan dan kulihat seorang wanita dalam lingkungan 30an sedang merenung aku, dia tersenyum

     "Saya dimana?" Soalku, mustahil ini mungkin mimpi. Aku mencubit paha ku,  auchh memang sakit.

      "Aryan kenapa dengan kamu, ayo bangun kamu, kita mau jalan. Malam ini ada ritual, bapa dengan mama mau bawa Reno berubat" kata wanita itu lagi.

Aku semakin bingung, kenapa aku boleh berada disini, siapa Reno? Siapa Aryan?

      "Sonja kamu sudah kemas barang barang yang perlu dibawa?" Seorang lelaki bersuara. Bapa??? Aku terkejut tetapi kenapa wajah ibuku berlainan? Aku yakin itu dia bukan ibu ku Rina.

      "Bapa?" Panggil ku perlahan. Lelaki itu melihatku, dia kehairanan

      " Aryan kenapa kau?" Soalnya.

Aryan? Kenapa mereka memanggil aku Aryan?

     "Uuuu...uuuuuu" aku terdengar suara disatu sisi lagi dan kali ini aku sangat sangat terkejut. Wajah ku seiras dengan dia.

Zuppp

Ardy tiba-tiba merasa sesak nafas, rupanya dalam tidur dia telah didatangi seorang tetamu yang tidak diundang. Dengan sekuat tenaga Ardy menolak orang tu, wajah orang itu tidak kelihatan kerana dia sedang memakai topeng dimuka.

Ardy terbatuk-batuk dan dia cuba bangkit dari pembaringan sementara dia mengumpul semula nafasnya yang hampir habis.

     "Who are you? Macam mana kau boleh masuk rumah aku!" Sambil Ardy memegang lehernya yang telah dicekik oleh lelaki tersebut.

      "Serahkan diari Maya, dan kami tidak akan menganggu kau" kata lelaki tersebut,

Ardy tersenyum sinis, tidak semudah itu.

Mereka berlawanan dalam bilik Ardy, habis kesemua barang-barang dalam bilik itu berhamburan akibat pertarungan mereka. Lelaki tersebut mengeluarkan pistol, dengan sepantas kilat Ardy berjaya menyepak pistol tersebut hingga terbuang dari tangan si penjahat. Tanpa berlengah Ardy menumbuk serta menendang lelaki itu. Ardy mengambil pisau yang tersangkut di sisi balkoninya, lelaki itu cuba melepaskan diri dia keluar melalui balkoni namun Ardy berjaya menangkap lelaki itu semula yang hampir melompat ke bawah.

Ardy tersenyum sinis, pisau itu kini berada di leher lelaki tersebut.

       "Siapa hantar kau?" Ardy menekan kuat pisau tersebut sehingga mengeluarkan darah, Ardy membuka topeng itu, dia terkejut lelaki tersebut ialah lelaki yang dia temukan dihospital bulan lepas dimana saat dia menghantar Dilla dan atoknya.

Lelaki itu tersenyum, merenung mata Ardy,

       "Kami telah bersumpah dengan darah kami, biar pecah diperut jangan pecah dimulut" lelaki tersebut ketawa. Ardy semakin panas apabila mendengar apa yang telah lelaki itu katakan.

Oh biar pecah di perut, kau rasakan ni. Ardy mengambil pisau tersebut dan menghiris perlahan leher lelaki tersebut, sehingga lelaki itu teriak kesakitan.

        "Kau aku tidak akan bunuh, tapi aku akan siksa kau sampai kau mengaku dan masa tu kau akan tahu rasa neraka yang sebenarnya" Ardy senyum sinis.

Wajah lelaki itu berubah, dia rela mati dari disiksa, lelaki itu menelan liur. Pandangan mata Ardy sangat menakutkan dan mata itu seperti mata seseorang yang dia kenal, mata yang tidak punya rasa kasihan.

         "Kau sama macam si" belum habis lagi lelaki itu bersuara

Pang!

Satu tembakan tepat ke kepala lelaki itu, Ardy terkejut, dia melihat keadaan di kawasan perumahannya.
Dan kawasan rumahnya itu memang sunyi.

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now