CHAPTER 6

662 72 5
                                    

Ardy melihat Dilla yang sedang kehulu kehilir buat dia menjadi risau. Pening pun ada.

             "Dilla jangan risau aki kau okey juga tu" Ardy cuba untuk menenangkan perasaan Dilla.

            "Saya tidak ada sesiapa sudah didunia ni Ardy," Dilla bersuara lemah.

Sedang Ardy bercakap-cakap dengan Dilla dia terpandang sesuatu.

Lia? Jururawat Maya.

             "Dilla kamu tunggu sini dulu ah" Ardy terus mengekori Lia.

Lia yang tidak perasan terus bejalan dan bercerita dengan seorang wanita yang berada disebelah nya seperti mereka sangat rapat. Lia dan rakannya terus masuk ke dalam lift, manakala Ardy tidak sempat masuk ke dalam. Terpaksa lah dia ikut lift yang seterusnya.

Ardy menekan no 8 bererti dia ingin ke tingkat 8. Ardy terfikir dia seperti pernah melihat gadis di sebelah Lia. Tetapi dia tidak ingat.

Ting!

Ardy akhirnya sampai ke tingkat 8, sempat Ardy melihat tanda dalan wad itu.

WAD KANAK-KANAK PRA KANSER

Bukan nenek Lia kah yang sakit? Tapi kenapa wad kanak-kanak ni? Ardy terlihat bayang Lia dan wanita itu. Tanpa membuang masa Ardy terus masuk kedalam wad itu.

semua mata-mata sedang melihatnya. Seperti ada sesuatu yang mereka rahsiakan.

Malah ada beberapa lelaki turut berada disana. Yang menghairankan setiap mereka punya tatoo berbentuk kepala tengkorak. Ardy mencari kelibat Lia, namun dia menghilang diri.

Ardy tidak pedulikan dengan mata-mata yang memandangnya. Yang dia tahu dia harus mengejar Lia.

         "Ardy" bahu Ardy ditepuk dari belakang.

Ardy menoleh, wajah Julia muncul dihadapan.

Ardy melihat jam, masih subuh. Keadaan hospital itu pula sunyi.

                 "Julia apa kau buat disini?" Ardy hairan, dia masih menunggu Lia keluar dari bilik air, tadi dia nampak dan pasti Lia masuk situ bersama dengan 'rakan' nya itu.

                "Saya yang patut tanya kau? Apa yang kau buat pagi-pagi dekat sini?" Tanya Julia dengan mata dia melilau sini sana.

              "Nothing just seen something" Ardy terus tinggalkan tempat itu, serta Julia,  bagus dia tunggu diluar saja.

Semasa Ardy melintas kembali dia hairan sebab di setiap katil-katil kanak-kanak itu beberapa lelaki itu yang berdiri sana sudah hilang,

            "Ardy wait bah" Julia pegang bahu Ardy, terkapus-kapus (tercungap-cungap) dia mengejar Ardy boleh tahan laju juga ni anak bisik hati Julia.

            "Julia tadi kamu ada nampak Lia?" Soal Ardy tiba-tiba, dia memandang tepat anak mata Julia.

            "Eh apa bah kau cakap ni? Siapa Lia?" Julia garu kepala.

            "Jururawat Maya" balas Ardy, wajah Julia bertukar, namun dia pandai mengawal wajah itu. Dan dia tahu Julia sedang berpura-pura.

            "Tidak saya nampak Ardy, kau saja yang saya nampak sini" balas Lia. Tidak lama handphone Julia berbunyi menandakan ada mesej masuk, Julia tersenyum.

           "Okey lah Ardy, saya jalan dulu bye jumpa di balai nanti" Julia terus meninggalkan Ardy sendirian disitu.

Ardy mengeleng kepala, dia tinguk jam masih awal, dia akan tunggu sehingga Lia keluar dari wad itu.

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now