CHAPTER 10

706 78 13
                                    

HOSPITAL QUEEN.

"Saya dimana?" Ardy melihat diri dia masih berada di atas katil, dan menghairankan dia masih berada di wad tersebut, kepala Ardy sudah tidak berbalut.

Pintu wad ditolak dari luar, muncul seorang jururawat wanita, dia terkejut melihat Ardy yang sudah bangun.

"Kamu sudah sedar?" Soal jururawat tersebut. Tangan Ardy disentuh,

Dengan cepat Ardy menarik semula tangannya, Jururawat itu tersenyum sudah 2 minggu Ardy tidur,

"Jangan risau, kamu akan keluar hari ini" Jururawat itu tersenyum.

Ardy menarik nafas lega,

Akhirnya.....

••••••••

HOSPITAL MESRA BUKIT PADANG KOTA KINABALU

Ardy memandang bangunan itu, dia langsung tidak bagitahu sesiapa bahawa dia sudah keluar dari hospital. Ardy membuka langkah lalu menuju ke perkarangan hospital tersebut.

Ardy merasa hairan, Lia selaku penjaga Maya tiada, kerana kini berdiri seorang lelaki yang membuka pintu bilik Maya.

"Lia pergi mana?" Soal Ardy ,dia bertanya pada Jururawat lelaki tersebut.

Lelaki itu merasa serba salah, tetapi dia harus memberitahu, kesian pula dia rasa kepada Ardy kerana tidak tahu apa-apa.

"Maaf Tuan, tetapi Lia sudah meninggal dunia akibat kemalangan beberapa hari lepas" kata lelaki itu terus dia membuka pintu bilik Maya.

Dussh!

Ardy terkejut, dia tidak dapat berkata apa-apa kerana perkara itu datang bertubi-tubi lagi-lagi yang dekat dengan kes Maya.

Sejurus mengucapkan terima kasih, Ardy masuk kedalam bilik Maya. Wanita itu hanya melukis, langsung tiada kerisauan pada wajahnya,

"Tidak sangka kamu masih selamat" Maya bersuara perlahan, namun wajahnya langsung tidak dia angkat, Maya fokus kepada lukisannya.

"Apa maksud kau Maya?" Soal Ardy, dia sudah bosan dengan teka teki yang dia cari,.

"Kamu sudah mau mengalah?" Maya menyoal lagi, dia tersenyum sinis apabila melihat semangat Ardy tidak seperti mula-mula dia datang ke pusat pemulihan itu.

Ardy rasa tercabar dengan kata-kata Maya, tidak sangka itu yang akan keluar dari mulut Maya.

"Adry kamu percaya pada buku yang kamu selalu baca? Kamu tidak takut kah kemungkinan buku itu akan mengacau fikiran kamu?" Maya masih melukis.

Ardy tersedar, Diari Maya setahu dia Diary itu ada bersamanya. Tetapi sejak dia kemalangan berakhir di katil hospital seperti Diari itu juga hilang. Ardy tidak keruan.

"Maya apa yang jadi selepas kamu masuk ke rumah agam?" Soal Ardy, ya sempat dia baca lembar diari Maya dimana dia telah di hantar ke rumah agam. Dan selepas itu lembar yang seterusnya itu pula kosong dan langsung tiada sambungan lagi.

"Kamu sendiri yang akan cari jawapan Ardy, selepas kamu mengambil buku tersebut, itu bererti kamu sudah dipilih" Maya tersenyum

"Apa maksud kamu Maya?" Ardy semakin tidak faham,

"itu adalah tulisan tangan dari seseorang yang aku sayang, seseorang yang sanggup mengadaikan nyawanya untuk ku, untuk kau dan juga mereka yang telah terpilih" Maya masih melukis.

SEEN (ONGOING)Where stories live. Discover now